web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Cekik Hingga Mati Adik Kandung Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 4:30PM

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyikin Rosli di sini selepas mendapat permohonan daripada polis bagi membantu melengkapkan siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang remaja lelaki yang dipercayai mencekik hingga mati adik kandungnya, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Julai depan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyikin Rosli di sini selepas mendapat permohonan daripada polis bagi membantu melengkapkan siasatan. 

Terdahulu suspek berusia 14 tahun itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini pada kira-kira pukul 9 pagi dengan memakai pakaian reman berwarna unggu.

Semalam, Bernama melaporkan remaja berkenaan dipercayai mencekik hingga mati adik lelakinya yang berusia sembilan tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bukit Piatu, pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit dalam satu kenyataan berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, suspek dan mangsa hanya tinggal berdua di rumah mereka.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati suspek yang merupakan anak sulung daripada empat beradik adalah pelajar sekolah menengah Arab dan tidak mempunyai sebarang rekod disiplin. Berikutan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'