web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Sanusi, Minta Maaf Dan Bayar RM10 Juta’ - Amirudin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 8:58AM

Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) menerima notis tuntutan Amirudin Shari (kanan) semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara bermulut celupar, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima notis tuntutan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut Amirudin, beliau pada 7.36 malam semalam telah menyerahkan surat tuntutan, yang disampaikan menerusi peguam.

“Surat ini atas fitnah yang disampaikan beliau dalam satu ucapan pada 2hb Ogos di Jitra, Kedah.

“Datuk Seri Sanusi telah memfitnah, antara lain, bahawa saya memberikan tanah negeri secara percuma kepada syarikat swasta,” katanya.

Beliau memberitahu, tuntutan tersebut mengkehendaki Sanusi menarik semula kenyataan dibuat dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam.

“Sanusi juga harus menjamin bahawa fitnah itu tidak diulang, membayar ganti rugi RM10 juta atas tindakan memfitnah dan mengeluarkan berita palsu yang menjejaskan institusi Datuk Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Amirudin memberi amaran, tindakan dan proses mahkamah akan diteruskan jika Sanusi gagal mematuhi tuntutan dibuat.

“Namun begitu, jika YAB Datuk Seri Sanusi gagal berbuat demikian, saya terpaksa meneruskan dengan tindakan undang-undang menerusi proses mahkamah,” katanya.

Pengerusi PKR Selangor itu pada 4 Ogos lalu dipetik sebagai berkata, dakwaan dibuat Sanusi ketika menyampaikan ucapan pada Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra adalah satu fitnah yang amat ketara.

Katanya, ucapan Sanusi jelas adalah fitnah, dan merupakan percubaan oleh seorang yang amat terdesak untuk mengalihkan persepsi orang ramai berhubung dakwaan skandal nadir bumi (REE). - Getaran, 10 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

2

Politik 3 bulan yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

4

Sukan 5 bulan yang lalu

KDA FC Sudah Terima RM16 Juta Dari KFA Sejak Ditubuhkan - Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang