web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Mohd Syahir Hentam Sahaja Bila Bercakap, Ini Tak Betul!’ – PSK

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 11:00PM

Tang Edam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gara-gara menyinggung perasaan masyarakat Siam tempatan, Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman terus menjadi sasaran kemarahan komuniti berkenaan.

Terbaru, Penolong Setiausaha Agung PAS itu dikecam Persatuan Siam Kedah (PSK) yang mendesak beliau segera memohon maaf atas kelancangannya berbicara.

Pengerusi PSK, Tang Edam berkata, kenyataan dibuat Mohd Syahir disifatkan sebagai satu penghinaan kepada institusi dan agama Buddha.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Siam Malaysia (PSM) berkata, kenyataan bahawa pengambilan minuman keras dibenarkan oleh sami amat menggores hati masyarakat Siam yang amat menghormati institusi sami.

“Beliau tidak seharusnya bercakap sesuka hati kerana ia sama sekali tidak benar.

“Larangan pengambilan arak dinyatakan dengan jelas dalam ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila),” katanya.

Tang Edam menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Mohd Syahir pada program Debat Model Ekonomi Baharu, dua hari lalu.

Mohd Syahir menerusi program terbabit yang disiarkan secara langsung di Astro Awani dan RTM dua hari lalu mengaitkan pengambilan minuman keras dengan sami dan agama Buddha.

Kenyataan dibuat Mohd Syahir Che Sulaiman terus mendatangkan kemarahan komuniti Siam tempatan - gambar fail
Kenyataan dibuat Mohd Syahir Che Sulaiman terus mendatangkan kemarahan komuniti Siam tempatan - gambar fail

Beliau dipetik sebagai berkata, pengambilan minuman keras dibenarkan oleh agama berkenaan, seperti dinyatakan oleh sami.

Membidas kenyataan berkenaan, Tang Edam berkata, sebarang minuman memabukkan dan mengkhayalkan dilarang keras oleh Pancasila yang dipegang.

“Saya tertanya-tanya, dari mana Mohd Syahir mendapatkan fakta dan maklumat apabila mengeluarkan kenyataan tidak sensitif seumpama itu.

"Dia pakai hentam (cakap), yang itu tak bolehlah," katanya.

Tang Edam memberitahu, Mohd Syahir bukan hanya didesak meminta maaf kepada PSK dan PSM, tetapi beliau juga perlu berbuat kepada seluruh komuniti Siam tempatan dan penganut agama Buddha.

"Sekiranya, ada melihat orang Siam ada minum, ia adalah (perkara) peribadi dan bukannya melibatkan agama. Jadi, dia tidak boleh terus buat dakwaan.

"Kita minta dia minta maaflah sebelum kami ambil sebarang tindakan undang-undang atau lain-lain kerana kami amat kecewa," katanya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana individu supaya tidak mencampur aduk dan mengheret mana-mana agama ke kancah politik. – Getaran, 11 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Cuti Sekolah Bermula, Puluhan Ribu Rakyat Malaysia Melancong Ke Seberang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dasar 'Affirmative Action' Diteruskan, Tambah Baik Ikut Tahap Sosial Rakyat - Rafizi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Model Baharu Ekonomi Malaysia Jadi Topik Debat, Siar Secara Langsung Di RTM, Astro Awani 

4

Politik 1 tahun yang lalu

Debat Rafizi - Mohd Syahir Jadi Kenyataan, 9 Ogos Tarikh Dipilih

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global