web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dasar, Inisiatif KSP RMK-12 Ambil Kira Kebajikan, Keutamaan Rakyat - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 9:33AM

Perdana Menteri (tengah) pada mesyuarat mengenai dokumen berkaitan Kajian Separuh Penggal RMK-12 - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dasar dan inisiatif Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMK-12) yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Isnin ini dirangka dengan mengambil kira kebajikan rakyat. 

Anwar berkata, ia bukan sahaja dibentuk daripada jentera pemikir kementerian yang ada, tetapi turut memberi tumpuan kepada komuniti perniagaan dan keperluan semua negeri. 

Perdana Menteri memberitahu, beliau petang semalam telah menerima dokumen KSP RMK-12 daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. 

“Beliau diiringi timbalannya, Datuk Hanifah Hajar Taib serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Nor Azmie Diron.  

“KSP RMK-12 adalah satu lagi tindakan kerajaan dalam menjelmakan agenda Ekonomi MADANI yang saya usulkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Perdana Menteri (lima, kiri) menerima dokumen Kajian Separuh Penggal RMK-12 daripada Rafizi Ramli (empat, kanan) petang semalam - gambar Facebook
Perdana Menteri (lima, kiri) menerima dokumen Kajian Separuh Penggal RMK-12 daripada Rafizi Ramli (empat, kanan) petang semalam - gambar Facebook

Jelas Anwar, ia adalah dokumen kebijakan yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara. 

“Dokumen ini seimbang dari segi pemikiran, spiritual dan material berteraskan nilai-nilai MADANI. 

“Saya yakin KSP RMK-12 ini akan dapat memacu pertumbuhan Malaysia yang lebih seimbang dan mapan di masa hadapan,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) melahirkan harapan agar pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Pulai membuat pilihan bijak demi masa depan negara. 

Katanya, gelombang perpaduan di kedua-dua kerusi tersebut harus dikekalkan. 

PH mempertaruhkan Naib Pengerusi AMANAH Johor, Suhaizan Kayat untuk kerusi Parlimen Pulai manakala Timbalan Ketua Kawasan AMANAH Parlimen Bakri, Ir Nazri Abdul Rahman dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi DUN Simpang Jeram. - Getaran, 9 September 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'