web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Malaysia Perlu Bangga, Sukarno Besar Ada Di Sini’ - Andi Suwirta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 8:12PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama umat Islam di bandar raya New York selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York minggu lalu. gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat lebih menonjol berbanding mantan Presiden Indonesia, Sukarno. 

Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Sejarah Universiti Pendidikan Indonesia, Andi Suwirta berkata, pidato disampaikan Anwar lebih hebat berbanding Sukarno.

Menurut beliau, penguasaan bahasa Inggeris dan Melayu Perdana Menteri amat mengagumkan.

“Kandungan dan cadangan ucapan Anwar memang tidak sampai mahukan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dirombak seperti diungkapkan Sukarno, tetapi beliau membangkitkan isu global penting yang perlu ditangani masyarakat dunia.

“Isu Islamofobia semakin kritikal, masalah Palestin tidak berkesudahan, konsep keadilan sejagat dan pelaksanaannya dalam konteks Kerajaan Perpaduan dan agenda Malaysia MADANI digagaskannya yang antara lain memberikan keutamaan kepada ketelusan dan antirasuah di Malaysia bukan sahaja kekal kritikal, bahkan sangat relevan sehingga sekarang,” katanya.

Andi menyatakan demikian dalam rencana yang diterbitkan Berita Harian hari ini.

Antara lain, kandungan rencana itu menyentuh penampilan sulung Anwar di pentas Perhimpunan Agung PBB (UNGA), yang menerima pelbagai reaksi. 

Dilihat konsisten dengan misi dan visi perjuangan sejak masih bergelar mahasiswa, Andi mengakui Perdana Menteri adalah tokoh yang mahukan Islam bersifat inklusif dan 'rahmatan lil alamin' sekali gus.

“Beliau tidak setakat selari dengan keperluan zaman moden, bahkan juga akur dengan kehidupan demokrasi pada sesebuah negara bangsa.

Harus ditekankan juga perbezaannya adalah kerajaan Sukarno dahulu mengamalkan demokrasi terpimpin, satu sistem kerajaan dan bernegara yang hakikatnya tidak ada demokrasi kerana semua dipimpin dan dikawal Presiden.

“Anwar sebaliknya merealisasikan demokrasi berpaksikan masyarakat MADANI, manakala pembangkang diberikan ruang kebebasan bersuara, walau dengan suara melenting dan maki hamun sekalipun,” katanya.

Beliau menarik perhatian, mantan Perdana Menteri pada  era 1990-an, 

Tun Dr Mahathir Mohamad dilabel ramai dalam kalangan rakyat  Indonesia sebagai  'Sukarno Kecil', susulan kelantangannya dalam menghentam hegemoni kuasa Barat sebagai bentuk neokolonialisme dan imperialisme.

“Maka sekarang pada 2023, ramai orang Indonesia menyatakan Anwar adalah 'Sukarno Besar'. Ertinya, Anwar lebih hebat daripada Sukarno, Presiden pertama memimpin Indonesia antara 1945 hingga 1968.

“Sebaik menonton video ucapan Anwar di saluran YouTube, selama kunjungan beliau yang turut popular dengan panggil 'PMX', saya hantar pesan kepada kumpulan WhatsApp yang disertai ramai pensyarah daripada Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam dan Filipina dan menegaskan inilah figura pemimpin Asia Tenggara, bahkan pemimpin dunia Muslim yang hebat,” katanya.

Menghuraikan pandangan itu, Andi memberitahu, tidak ada Perdana Menteri Malaysia sebelum ini yang begitu fasih memetik ayat Al Quran tatkala berpidato.

“Pemimpin Indonesia sahaja, yang majoriti penduduknya adalah Muslim dan teramai di dunia, dari dahulu hingga sekarang, setakat boleh mendahulukan ucapan 'Assalamualaikum' apabila berpidato.

“Tambahan pula, Anwar ialah PM Malaysia yang boleh menyampaikan khutbah dalam sembahyang Jumaat di hadapan masyarakat Muslim New York,” katanya.

Apabila dibandingkan dengan PM Malaysia terdahulu atau pemimpin Muslim dari negara lain, jelas Andi, terbukti Anwar ialah figura pemimpin yang langka dan jarang ditemui dalam masyarakat Muslim di dunia.

“Natijahnya, rakyat Malaysia, termasuk Indonesia dan rantau Asia Tenggara, kena bangga dan ikut teruja dengan kepemimpinan Anwar sebagai PMX Malaysia. 

“Malah, kena yakin pula bahawa Malaysia sekarang sudah menjadi 'Abang Besar atau paling tidak 'sebaya, jadi bukan lagi 'adik kecil' kepada Indonesia,” katanya. - Getaran, 26 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad