web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jadi Mangsa Akaun Palsu, Dr Musa Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Nov 2023 9:15AM

Pakar Kanak-Kanak, Datuk Dr Musa Mohd Nordin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakar Kanak-Kanak, Datuk Dr Musa Mohd Nordin terpaksa membuat laporan polis, susulan kewujudan satu akaun media sosial palsu yang menyebar fitnah mengenai dirinya.

Menurut beliau, akaun berkenaan menyebarkan maklumat yang tidak tepat sehingga menggugat keselamatan megara.

“Saya telah difitnah melalui akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai diri saya dengan penyebaran fitnah sehingga menggugat Keselamatan Nasional negara Malaysia. Saya telah membuat laporan polis,” katanya menerusi ciapan di X.

Jelas Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM) itu, laporan polis terbabit dibuat di Balai Polis Damansara pada jam 9.17 malam, dua hari lalu.

Menerusi butiran laporan polis yang dikongsikannya, Dr Musa berkata, beliau tidak pernah memiliki akaun di platform TikTok.

Difahamkan, maklumat palsu itu mengandungi butiran melibatkan isu perkauman yang berpotensi mencetuskan kekacauan atau ketegangan di negara ini.

“Tujuan saya membuat laporan ialah kerana risau dengan keselamatan diri, reputasi dan keadaan negara.

“Terima Kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya memberi kepercayaan penuh kepada pihak PDRM dalam pelaksanaan tugas,” katanya. 

Sekadar info, Dr Musa menjadi sasaran kemarahan ramai bulan lalu apabila melabel beberapa peserta sebagai Zionis, ketika menganjurkan perhimpunan Freedom for Palestine di Dataran Merdeka.

Acara anjuran VPM itu juga melarang peserta melaungkan takbir dan membawa sepanduk yang mengecam rejim Zionis. - Getaran, 11 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Difitnah Jadi Proksi Gaji Nurul Izzah, Aktivis Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad