web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Maut Digilis Jentera Pembajak Sawah

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 10:31PM

Khidmat pasukan bomba terpaksa digunakan untuk mengeluarkan mayat mangsa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JITRA - Seorang kanak-kanak lelaki maut di tengah sawah akibat digilis jentera pembajak di Kampung Sungai Korok dekat sini, petang tadi. 

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa, Muhammad Aiman Rosli, 11, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dialaminya di beberapa bahagian badan. 

"Mangsa tersepit di bawah alat pemutar jentera tersebut. Disebabkan itu, kami terpaksa mendapatkan khidmat bomba untuk mengeluarkannya. 

"Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Jasad mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk dibedah siasat," katanya. 

Tambahnya setakat ini polis masih melakukan siasatan dan saksi kejadian akan dipanggil bagi mengetahui punca kejadian. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin memaklumkan, seramai lapan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Syahruddin Awang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan melalui sistem MERS 999 dan sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan akibat digilis pembajak,” ujarnya. -Getaran, 17 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah