web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memoir Tommy Thomas Seleweng Fakta Kematian Muhammad Adib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Feb 2021 8:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada 27 November 2018 seisi negara gempar, apabila seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) parah selepas diserang serta dipukul ketika sedang bertugas.

Kejadian itu bertitik tolak daripada pergaduhan membabitkan dua kumpulan, berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya.

Pergaduhan yang pada awalnya sekadar satu pertengkaran itu bertukar menjadi semakin panas dan natijahnya, 19 kenderaan terbakar, menyebabkan 700 anggota keselamatan terpaksa digerakkan bagi mengawal keadaan.

Susulan kejadian, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya sekitar jam 1 pagi, sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) keesokan malamnya.

Itu adalah kali kedua tragedi menimpa anggota bomba pada tahun berkenaan, selepas kejadian menyayat hati 3 Oktober, yang menyaksikan enam penyelam skuba jabatan terbabit mati lemas di sebuah lombong ketika menggerakkan misi menyelamat seorang remaja.

Kejadian menimpa Muhammad Adib menimbulkan pelbagai spekulasi, khususnya selepas badan pengurusan kuil pada 28 November mendakwa mangsa parah kerana kemalangan jalan raya.

Dakwaan kuil bagaimanapun disanggah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sekali gus menguatkan sangkaan bahawa Muhammad Adib sememangnya dibelasah pihak tertentu ketika pergaduhan sedang memuncak.

Dapatan Mahkamah Koroner Shah Alam ketika inkuiri kematian mangsa kemudiannya mengesahkan bahawa pemuda itu berada di dalam van milik EMRS ketika kenderaan terbabit dan jentera pemadam api diserang perusuh.

Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriif Alias dan Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, video serta bukti rakaman video jelas menunjukkan bahawa mangsa berada di dalam van ketika kenderaan berkenaan diserbu perusuh.

Menurut penemuan oleh Mahkamah Koroner Shah Alam, van dinaiki Muhammad Adib berada dalam keadaan mengundur dan pada ketika itu, mangsa ditarik keluar oleh perusuh.

“Dari dapatan ini, jelas bahawa buku dihasilkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah terpesong daripada fakta sebenar yang diputuskan mahkamah pada 27 September 2019,” kata MACSA, merujuk kepada memoir dihasilkan Tommy, bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Memoir yang mencetuskan pelbagai kontroversi itu antara lain mendakwa, kecederaan dialami mangsa adalah akibat dihimpit oleh dua kenderaan, iaitu van dinaiki beliau dan jentera Bomba yang sedang berundur untuk meninggalkan lokasi.

“Adib pada masa sama cuba memasuki kenderaan dan pada ketika itu beliau dihimpit (pinned down) sehingga mendatangkan kecederaan, justeru ia tidak disengajakan,” dakwa Tommy dalam memoir berkenaan.

Hujah Tommy itu secara jelas dan nyata bercanggah dengan fakta serta realiti sebenar yang diperakui Mahkamah Koroner Shah Alam, berhubung kejadian sebenar menimpa mangsa.

“Dapatan mahkamah menjelaskan bahawa lebih daripada seorang perusuh telah menendang dengan kuat ke arah pintu van ketika Muhammad Adib ditarik keluar, sekali gus mendatangkan kecederaan parah kepada tulang rusuk mangsa.

“Perusuh kemudian mencampakkan Muhammad Adib ke arah van yang sedang mengundur, atau secara spesifik, di tepi pintu penumpang dan ia menyebabkan tulang belakangnya patah di beberapa tempat,” tegas MACSA.

Dapatan itu diperkuatkan lagi dengan pengakuan mangsa, beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir, yang mengaku bahawa beliau ditarik sebelum dibelasah.

“Kenyataan sama turut dimaklumkan kepada ketua balai tempat Muhammad Adib bertugas, semasa beliau datang melawat mangsa pada hari berkenaan,” jelas MACSA.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu, pelantikan Syazlin Mansor sebagai peguam mewakili keluarga mangsa dalam siasatan itu sudah sedia dimaklumi oleh Tommy sejak awal.

“Beliau tidak mengambil sebarang tindakan sehinggalah tindakan Syazlin bertentangan dengan pendiriannya semasa inkues.

“Penulisan Tan Sri Tommy  dalam buku autobiografinya itu memberikan impak yang sangat menyeleweng kerana membenarkan kepalsuan berleluasa tanpa menghargai pengorbanan nyawa oleh seorang adiwira negara,” katanya kesal.

Zainul Rijal yang terkenal dengan ketegasan dalam memperjuangkan isu berkaitan perundangan negara menegaskan, tidak ada sebab untuk Muhammad Adib menipu, apatah lagi dalam keadaan dirinya yang sedang bertarung nyawa ketika itu.

“MACSA dan PPMM khuatir, kegagalan Tommy untuk memetik fakta sebenar akan merendah-rendahkan nilai dan harga nyawa barisan hadapan yang bermatian demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Tidak dapat disangkal bahawa rentetan peristiwa yang mengakibatkan kematian Muhammad Adib adalah sejarah hitam dalam keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia,” katanya.

Pada ketika pelbagai pihak cuba menafikan kewujudan elemen perkauman dalam tragedi menimpa Muhammad Adib, realitinya pemuda itu terkorban dalam insiden rusuhan di sebuah kuil.

Secara tidak langsung tegas Zainul Rijal, peristiwa terbabit dipalit dengan unsur perkauman  apabila ada pihak yang menutup dan memesongkan fakta sebenar sehingga timbul keperluan untuk mengadakan inkuiri menyiasat punca kematiannya.

“Proses ini yang berjalan dengan penuh tertib akan menjadi tidak bernilai jika Tommy dibenarkan untuk terus mengeluarkan kenyataan menyeleweng dalam memoirnya,” tegas beliau lagi.

Dalam perkembangan lain Zainul Rijal berkata, MACSA dan PPMM mendesak kerajaan membuka semula kertas siasatan terhadap perusuh yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Muhammad Adib.

“Di bawah Artikel 3, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR), setiap orang mempunyai hak untuk hidup dengan bebas dan selamat, justeru menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan hak ini terpelihara dan jika wujud sebarang pelanggaran, pihak terbabit harus dipertanggungjawabkan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa,” katanya.

Beliau menarik perhatian, Tommy sebagai bekas peguam negara sepatutnya lebih arif, dan mengetahui dengan jelas bahawa maklumat daripada pihak polis tidak konklusif berbanding penemuan fakta oleh koroner yang melalui proses undang-undang serta dibuktikan.

“Adalah tidak munasabah dan tepat untuk beliau bergantung semata-mata ke atas maklumat polis dan beliau perlu menghormati keputusan inkuiri yang dibuat oleh Mahkamah Koroner.

“Lebih penting dari itu, hormatilah pengorbanan nyawa seorang anak muda yang sehingga kini kematiannya masih belum terbela,” katanya. – Getaran, 8 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Rayuan Najib Untuk Kembalikan Saman Terhadap Tommy Thomas Didengar 5 Februari

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Najib Dibenarkan Hadir Ke Mahkamah Untuk Ikuti Prosiding Rayuan Berkaitan Samannya Terhadap Thommy Thomas

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pendakwaan Salah: Sundra Rajoo Tidak Teruskan Saman Terhadap Tommy Thomas Dan 12 Lagi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

8,000 Liter Diesel Disyaki Cuba Diseleweng Disita Di Pokok Sena

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah