web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah RM6 Juta, CEO, 2 Wakil Perunding Persatuan Bola Sepak Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 2:56PM

Antara suspek yang direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut - gambar SPRM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta serta menerima rasuah berjumlah lebih RM6 juta. 

Sumber Getaran memaklumkan, kesemua mereka yang berusia antara 40 hingga 60 tahun ditahan antara jam 5 hingga 6.30 petang semalam ketika hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi diambil keterangan. 

"Bersandarkan siasatan, wang lebih RM6 juta itu telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak. 

"Wang rasuah tersebut dipercayai sebagai balasan kerana disyaki membantu pemilik sebuah syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri," katanya. 

Terdahulu, keempat-empat individu berkenaan dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar pagi tadi oleh SPRM untuk mendapatkan perintah tahanan reman. 

Kesemua mereka yang memakai baju lokap SPRM berwarna oren, dibenarkan untuk direman sehingga 7 Januari oleh Majistret, Siti Norhidayah Mohd. Noor. 

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan keempat-empat suspek namun enggan mengulas lanjut. 

Katanya, kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009. - Getaran 5 Januari 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki