web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GLC, GLIC Disaran Kurangkan Pelaburan Di Luar Negara - PM

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Jan 2024 1:54PM

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MoF) di Putrajaya, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara, sebaliknya meningkatkan pelaburan dalam negara.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MoF) di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bagaimanapun bersedia memberi kelonggaran kepada GLC dan GLIC untuk membuat pelaburan di luar negara sekiranya ada keperluan.

"Saya beri beberapa arahan untuk harus juga ada penekanan pengurangan pelaburan di luar negara kerana kalau alasannya tidak menarik maka apa kemunasabahan kita mengadakan kempen menarik pelabur asing ke Malaysia," kata beliau.

Anwar juga sudah meminta MoF dan Pantau MADANI menyelaraskan usaha supaya GLIC dan GLC melaksanakan pelaburan strategik selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

"Saya meminta kerjasama juga GLIC dan GLC supaya dapat berinteraksi secara langsung dengan pimpinan untuk memastikan pelaksanaan program-program (mereka) mengikut dasar yang kita tentukan.

"Saya beri contoh transisi tenaga, transformasi digital itu sangat mendesak dan kritikal bagi negara. la memerlukan penglibatan semua (kerana) transformasi digital itu, kalau kita tidak pantas dan pesat membuat perubahan, sistem pendidikan kita, tatakelola kita, akan menyebabkan kita ketinggalan," kata beliau.

Anwar berkata, dalam membuat keuntungan, GLIC dan GLC juga perlu mengambil tanggungjawab korporat lebih besar dalam pembangunan negara termasuk meningkatkan tahap kebajikan pekerja mereka.

"Saya ingat lagi laporan awal apabila kita menswastakan Tenaga (Tenaga Nasional Bhd), Telekom (Telekom Malaysia Bhd), saya kata mereka bila diswastakan, catat keuntungan besar, sepatutnya menteri kewangan ucap terima kasih.

"Oleh itu, saya ucap terima kasih tetapi saya tanya masalah mereka (pekerja) tidak selesai, umpamanya kemiskinan tegar keluarga di bawah Tenaga, Telekom, apakah ia masalah kementerian, tentunya masalah syarikat.

"Ada 15,000 pekerja, 5,000 pekerja tiada rumah, tak mungkinkah kita fikir ada rencana untuk membina perumahan untuk pekerja sendiri?

"Kita catat keuntungan dengan cakap soal pengkomersialan dan kita bebankan kelompok yang agak pendapatan rendah ini kepada kementerian dan kerajaan untuk menangani, saya tidak fikir itu munasabah," kata beliau.

Justeru, Anwar mahu dalam tempoh sebulan ini, GLIC dan GLC memberikan laporan kepada kerajaan berkaitan perancangan mereka mengenai rencana pelaburan, Bumiputera, perumahan pekerja dan pendidikan termasuk meningkatkan mutu pendidikan.

Pada majlis itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada dua agensi utama kerajaan iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana berjaya melepasi sasaran kutipan hasil yang ditetapkan tahun lalu.

Pada tahun lalu, LHDN berjaya mengutip sebanyak RM183 bilion berbanding RM175 bilion pada 2022, manakala JKDM pula mengutip hasil mencecah RM55 bilion berbanding RM53 bilion pada tahun sebelumnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok