web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buat Lakaran Fotofit Suspek Simbah Asid Faisal Halim

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 2:06PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Motif serangan masih disiasat. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Polis sedang membuat lakaran fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak utama Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis juga akan menghantar kesan cap jari yang diambil dari lokasi kejadian untuk dianalisis.

“Pada masa ini, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diketuai Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, akan menghasilkan photofit dan dari situ, kita akan dapat mengumpul lebih banyak maklumat.

“Kita akan hantar cap jari yang diambil dari pusat beli-belah untuk dianalisis juga,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis Hari Autisme di Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM)/Pengaman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Beliau berkata, polis juga merekodkan keterangan lebih 12 individu berkaitan dengan kes serangan itu termasuk ahli keluarga Faisal, doktor dan lain-lain.

Faisal, yang bermain untuk Selangor FC, melecur tahap empat selepas disimbah asid dipercayai oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Motif serangan masih disiasat.

Beberapa hari sebelum Faisal diserang, rakan sepasukan Harimau Malaya Akhyar Rashid dilaporkan disamun di Kuala Terengganu .

Pada 7 Mei lalu, bekas kapten negara, Safiq Rahim terselamat daripada sebarang kecederaan selepas dua lelaki memecahkan cermin depan keretanya di Johor Baru.

Pemain berusia 36 tahun itu yang bermain untuk Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT), memuat naik laporan polis berhubung insiden tersebut di akaun media sosialnya.

Polis sedang menyiasat sama ada terdapat kemungkinan  ketiga insiden yang melibatkan pemain bola sepak itu mempunyai kaitan. - The Vibes, 11 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Balai Polis Beroperasi Seperti Biasa Walau Pintu Pagar Tutup - KPN

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekas Bintang Bola Sepak Mahu Polis Telus Siasat Kes Serang Pemain

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global