web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tanah Jerlus: Operasi Bersambung Pagi Ini, Hanya Jumpa Selipar Mangsa Selepas 17 Jam

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Aug 2024 8:02AM

Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) sedang menjalankan kerja mengeluarkan mangsa semalam - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini ditangguhkan 12.30 tengah malam tadi selepas hampir 17 jam. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa yang merupakan wanita warga India masih gagal ditemui.

Menurut beliau, SAR yang digerakkan setakat ini hanya menjumpai sepasang selipar milik mangsa berhampiran lokasi kejadian.

“Selipar itu ditemui terapung di kawasan kejadian yang dikorej pagi tadi (semalam).

“Masa yang panjang telah diambil untuk menyelamatkan mangsa, dengan menggunakan bantuan pasukan skuba tapi malangnya dia masih gagal dikesan setakat ini,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Rusdi Mohd Isa - Gambar fail
Rusdi Mohd Isa - Gambar fail

Rusdi yang meninjau lokasi tengah malam tadi berkata, pencarian secara 100 peratus juga telah dilakukan di kawasan kejadian.

“Operasi SAR akan disambung semula 9 pagi nanti kerana hujan lebat, malah persekitaran yang gelap juga menyukarkan ia diteruskan,” katanya.

Beliau memberitahu, pasukan SAR turut berdepan cabaran arus deras kewujudan gas dan air kumbahan yang boleh membahayakan nyawa masing-masing.

“Setakat ini kawasan sekitar masih selamat untuk dilalui orang ramai, tapi kami minta agar pergerakan di situ dikurangkan.

“Kawalan keselamatan akan diperketat dan orang ramai juga diminta sentiasa berwaspada,” katanya.

Rusdi Mohd Isa (tengah) meninjau lokasi tanah jerlus tengah malam tadi - Gambar BERNAMA
Rusdi Mohd Isa (tengah) meninjau lokasi tanah jerlus tengah malam tadi - Gambar BERNAMA

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK), Narendran Maniam yang turut berada di lokasi berkata, IWK akan membuka setiap lurang di sepanjang tujuh kilometer jajaran saluran pembetungan hingga ke loji rawatan kumbahan di Pantai Dalam di sini.

Jelasnya, lurang ialah lubang konkrit bertutup di jalan untuk membolehkan pekerja IWK memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran.

"Kita akan ke hilir dan buka setiap lurang pembetungan dan kita akan teliti setiap lurang itu. Kita sudah mula buka tengah hari tadi (semalam) tetapi tidak jumpa apa-apa.

"Kalau ada, mangsa akan tersangkut di inter pump station namun setakat ini tiada," katanya.

Narendran memberitahu, memang terdapat kemungkinan untuk badan manusia dihanyutkan ke dalam saluran pembetungan kerana ia memiliki diameter 1.5 meter dengan hujung lebih tiga meter.

"la memang paip yang besar kerana menampung seluruh kumbahan sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Dalam kejadian 8.20 pagi semalam, mangsa, Jayaletchumy, 48, terjerlus ke lubang sedalam lapan meter secara tiba-tiba.

Mangsa ketika itu sedang berjalan bersama keluarganya di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India. - Getaran, 24 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Paip Pembetungan Awam Bukan Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi - IWK

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Selaman Ke Lokasi Objek Tersekat Berdepan Kesukaran

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tatu Nama Ibu Jadi Kenangan - Anak Mangsa Tanah Jerlus

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Operasi SAR Insiden Tanah Jerlus Tumpu Kaedah 'Jetting'

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 1 hari yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson