web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerani Rugi RM79,600 Diperdaya Macau Scam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 8:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Terpedaya dengan ‘lakonan’ sindiket penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, seorang wanita terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM79,600.

Dalam kejadian pada awal Jun lalu, mangsa yang juga kerani sebuah syarikat swasta menerima panggilan telefon daripada suspek menggunakan nombor telefon IPK Sabah, mendakwa mangsa terbabit dengan pengubahan wang haram.

Difahamkan, suspek kemudiannya sekali lagi menghubungi mangsa pada 4 Jun lalu dan memberitahu masalah berkenaan boleh diselesaikan jika mangsa membuat  pembayaran terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asistem Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa yang agak panik mengeluarkan wang simpanannya berjumlah RM65,000 dan membuat pinjaman dari rakan-rakannya berjumlah RM14,600.

“Mangsa kemudiannya telah membuat pindahan wang di mesin deposit tunai (CDM) sebanyak 8 kali dengan nilai keseluruhan berjumlah RM79,600.00 di sebuah bank di Teluk Intan.

“Selepas memasukkan kesemua wang berkenaan, suspek gagal dihubungi dan menghilangkan diri,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, berdasarkan keterangan mangsa, dia diperdaya suspek yang menggunakan nombor telefon IPK Sabah sebelum urusan seterusnya dilakukan menggunakan nombor telefon bimbit.

Katanya, berdasarkan semakan, lokasi panggilan telefon dan pesanan WhatsApp dibuat oleh suspek adalah dari Miri, Sarawak.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tipu helah sindiket penipuan Macau Scam dan rujuk atau hubungi pihak polis terlebih dahulu untuk pengesahan,” katanya. - Getaran, 10 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Ahli Sindiket Macau Scam Ditahan, Pekerja Kilang Rugi RM432,725

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Angkara Sindiket Macau Scam, Jururawat Rugi RM198,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Rugi Lebih RM1 Juta Ditipu Sindiket Macau Scam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengurus Syarikat Kerugian Lebih RM1.2 Juta Diperdaya Sindiket ‘Macau Scam’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang