web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Hilangkan Erti Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 5:50PM

Alvin Seah dan Fiona Lim

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Nada ceria Alvin Seah Peng Ngee, 50, yang rancak bercerita tentang simbolik tradisi makan besar keluarga pada malam sebelum Tahun Baru Cina berubah sebak apabila beliau berkongsi kisah silamnya setiap kali meraikan perayaan tersebut. 

Beliau terdiam, dan senyuman isterinya, Fiona Lim Swee Khim, yang berada di sebelah ketika ditemua bual Getaran juga turut pudar. 

Mata Alvin mulai berkaca, menghiasi wajah sayu dan hampa lelaki berketurunan Teochew itu kerana seumur hidup, belum pernah beliau gagal untuk pulang meraikan ‘makan besar’ bersama kedua ibu bapanya, Seah Yew Teck dan Goh Nan Ying di Taman Kebun Teh, Johor Bahru. 

“Saya ada menelefon ayah saya semalam, nak tanya khabar memandangkan tak boleh pulang tahun ini, tapi beliau tak mahu berbual panjang. 

“Kata ayah, beliau okey sahaja dan faham keadaan sekarang, tapi sebagai anak saya tahu beliau dalam kesedihan,” kata Alvin, yang sudah 18 tahun menetap di Lembah Klang bersama isteri dan anak perempuannya. 

Alvin bersama Yew Teck dan Nan Ying bergambar ketika meraikan Tahun Baharu Cina di Johor Bahru, beberapa tahun lalu
Alvin bersama Yew Teck dan Nan Ying bergambar ketika meraikan Tahun Baharu Cina di Johor Bahru, beberapa tahun lalu

Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini menetapkan, sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga hanya dibolehkan dalam jarak 10 kilometer antara satu sama lain, sekali gus bermakna, tiada sebarang pergerakan rentas negeri atau daerah dibenarkan. 

“Hendak balik tapi tak boleh, sebab sudah ada pesakit yang dijangkiti tanpa menunjukkan sebarang gejala. Saya tak mahu ambil risiko kerana mereka (ibu bapa) sudah berusia,” katanya. 

Ditanya mengenai simbolik acara ‘makan besar’ itu, Alvin yang juga seorang pegawai kanan di sebuah syarikat farmaseutikal berkata, ia adalah acara kemuncak bagi perayaan berkenaan, untuk masyarakat Tionghua di seluruh dunia. 

“Amat penting kerana ia adalah sesi makan malam yang terakhir sebelum tahun baru kalendar bulan bermula dan kalau di China, penduduk dari perantauan akan pulang secara bergerombolan ke kampung halaman masing-masing. 

“Ada juga yang mengambil cuti seawal sebulan sebelum Tahun Baharu Cina dan fenomena ini digelar the great migration. Cuma kali ini disebabkan COVID-19, kita tidak nampak sangat kemeriahanya,” kata Fiona. 

Selain memberi peluang untuk melepas rindu serta mengeratkan persaudaraan sesama ahli keluarga, Alvin menjelaskan, acara makan besar juga boleh dijadikan sesi memperbaharui azam untuk tahun seterusnya. 

“Saya masih ingat lagi, semasa saya berusia 5 tahun, ayah saya memanggil kami empat beradik dan berkata, ‘Papa akan hisap rokok terakhir malam ini. Lepas ini takkan hisap rokok lagi.’ 

“Dan memang betul. Itulah kali terakhir ayah saya menghisap rokok,” cerita Alvin. 

Suasana yang sebelum itu agak sayu berubah ceria apabila Alvin bercerita mengenai juadah wajib pada acara makan besar berkenaan. 

Ikan dan udang katanya, adalah satu kelaziman pada setiap acara itu. 

“Kalau ikan, ia mesti cukup sifat, tak boleh tiada bahagian kepala atau ekor kerana tanpa keduanya, diibaratkan seperti tiada permulaan atau pengakhiran,” jelas Fiona pula. 

Fiona juga berkata, ikan, terutamanya bawal putih dan siakap, menjadi lauk kegemaran semasa makan besar kerana sebutannya dalam Bahasa Mandarin, ‘Yu’ (鱼), mirip dengan ucapan selamat ‘Nian Nian Yew Yu’ (年年有余) yang bermaksud ‘semoga berganda tiap-tiap tahun.’ 

“Sama juga dengan tart nenas yang dipanggil ‘huangli’ (黄梨撻) yang sama sebutan dengan perkataan makmur, ‘wang’ (王). 

“Udang juga adalah satu lauk kegemaran Orang Cina kerana ia sentiasa aktif melompat-lompat. Bila dimakan, ia seperti kita juga mendapat tenaganya. Tapi kena beli udang yang besar-besar seperti udang harimau,” kata Fiona. 

Alvin dan Fiona bagaimanapun berkata, mereka sekeluarga tahun ini hanya bercadang untuk menyediakan juadah secara sederhana, selain memesan menggunakan aplikasi penghantaran untuk kedua ibu bapa. 

“Selalunya, kami akan masak stimbot kerana ia lebih meriah begitu. Ramai-ramai masak bersama-sama. Tapi tahun ini tak boleh nak buat macam itu lagi. 

“Tahun Baharu Cina kali ini, saya rasa sedih, kosong. Dulu, sejauh mana pun saya berada, saya mesti akan pulang untuk makan besar,” katanya. – Getaran, 11 Februari, 2021. 

Berita Berkaitan

1

Budaya 7 bulan yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

2

Jelajah 7 bulan yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

3

Semasa 7 bulan yang lalu

10,000 Hadiri Rumah Terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Perjalanan Bas Bawa Pelancong Tertangguh, Pemandu Tiada Lesen Memandu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi