web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berdiam Diri Kerana Fikir Keselamatan Penghuni Lain - Syed Azmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 9:53PM

Syed Azmi Alhabshi - Gambar dari Facebook Syed Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendekatan berdiam diri yang diambil aktivis kebajikan, Syed Azmi Alhabshi ketika negara digemparkan dengan kes penderaan remaja Sindrom Down, Bella didakwa dilakukan kerana mengambil kira hal ehwal keselamatan kanak-kanak lain di rumah perlindungan terbabit.

Menerusi satu hantaran di Facebook beliau berkata, persekitaran Rumah Bonda yang diselubungi penularan COVID-19 ketika itu memerlukan tindakan holistik, dengan memberi sepenuh tumpuan kepada rawatan serta penjagaan penghuni lain.

Katanya, Bella juga ketika itu sudah diselamatkan dan siasatan perlu segera dilakukan.

“Saya memberitahu penjaga Bella apabila keadaan kesihatannya tidak lagi kritikal dan beberapa hari sebelum dia boleh discaj dari hospital mengenai laporan polis dan tuduhan terhadapnya.

“Ya saya memang kawan beliau tapi saya juga tahu apa yang berlaku apabila ada kes berkaitan penderaan secara am-nya. Adakah saya bertanya? Yes. Dia bagitau jawapan dan saya mintak dia tenang dan beri semua keterangan pada polis. Apa perasaan saya waktu itu?

''Penderaan yang berlaku pada Bella memang sedih. Saya diberitahu melalui seorang doktor mengenai keadaannya sahaja tanpa gambar pun saya dah faham,” katanya.

Mengakui terpinga-pinga apabila mendengar kes tersebut membabitkan rakan baik sendiri, pemuda berkenaan berkata, dirinya dihantui seribu macam persoalan sebaik sahaja diberitahu mengenai kejadian mengejutkan itu.

“Soalan soalan macam siapa, bila, kenapa, kat mana, semua tu dalam kepala dari awal lagi tapi saya senyap sahaja sebab semua tengah COVID. Kenapa lepas berlaku, takde ada cerita pada sesiapa, tak mintak tolong sesiapa, dan semua tu lah. Ini bermain main di kepala sebab kerja kami kebajikan dan kanak-kanak. Tak pernah perasan apa apa yang lainnya selama ini. Tak ada apa apa syak wasangka pun. Tak ada langsung.

“Akhirnya saya sendiri salahkan diri sendiri sebab adakah saya tak cukup bertanya khabar atau tak ada masa untuk kawan-kawan saya dan sebagainya. Itu yang saya mula mula rasa,” katanya.

Syed Azmi menjelaskan, beliau turut terpanggil untuk bertanggungjawab bagi memastikan keadaan yang hangat itu reda seketika, bagi membolehkan siasatan kes berjalan dengan lancar.

“Kerja saya pastikan persekitaran selamat saya dah buat yang terbaik. Kini saya harap soal siasat kes berjalan lancar.

“Saya tak kongsi sebarang pendapat saya mengenai kes Bella agar tidak timbul sebarang prejudis dalam siasatan dan sama seperti anda semua, saya juga sokong Keadilan Untuk Bella tapi mungkin langkah saya tidak di gemari ramai. Ampun maaf,” katanya lagi.

Beliau turut memohon kerjasama ramai agar memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci, bagi membolehkan kes terbabit diselesaikan sepenuhnya.

“Laporan polis dan siasatan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) juga diterima, jadi kita beri kerjasama. Saya baca pandangan netizen yang rasa apa yang saya buat ni tak cukup dan juga tak kompeten untuk jadi penasihat tempat sebegini. Saya sedia maklum permasalahan sosial remaja dan memegang amanah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sini agak mencabar. Ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya kami bantu.

“Saya dah cuba tapi tak berkemampuan sebagaimana harapan semua. Saya bersuara hari ini sebab semua yang saya boleh buat saya dah buat,” katanya.

Penderaan yang berlaku ke atas Bella mendapat perhatian meluas apabila ia didedahkan seorang wanita, Mona Din di media sosial, khususnya Facebook.

Bella, yang dilahirkan dengan Sindrom Down dikatakan didera selepas diambil untuk dijadikan anak angkat oleh sebuah rumah kebajikan, dikenali sebagai Rumah Bonda.

Rentetan kes, JKM semalam menyita rumah terbabit malah pemeriksaan mendapati, premis berkenaan juga tidak berdaftar di bawah jabatan itu. - Getaran, 13 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tulang Dijumpai Di Tongkang Pechah Milik Bella - Polis

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sebar Gambar Kanak-Kanak, Kakak Bella Direman Sehari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki