web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tukang Rumah Patah Buku Lali, Rumah Diubahsuai Runtuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 1:54PM

Mangsa patah buku lali kiri dibawa menerima rawatan ke hospital selepas rumah yang sedang diubahsuai runtuh. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang tukang rumah patah buku lali kaki kiri selepas rumah yang sedang diubahsuai runtuh di Kampung Baru Buntong, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa yang berusia 40 tahun sedang menjalankan pengubahsuaian di bahagian siling rumah berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.31 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, mereka mendapati terdapat sebuah rumah yang sedang dalam pengubahsuaian runtuh di bahagian siling mengakibatkan seorang lelaki cedera.

Atap yang runtuh semasa diubah suai.
Atap yang runtuh semasa diubah suai.

“Ketika kejadian, mangsa dikatakan berada di atas siling rumah untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian sebelum bahagian berkenaan runtuh.

“Anggota yang tiba kemudiannya memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menyerahkannya kepada petugas kesihatan dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan,” katanya.

Menurut jurucakap berkenaan, mangsa mengalami patah di buku lali kaki kiri manakala seorang lagi rakannya tidak mengalami kecederaan.

Katanya, operasi ditamatkan jam 11.50 pagi selepas kawasan itu dipastikan selamat. - Getaran, 14 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Rekod Peningkatan Drastik Kebakaran Terbuka 2 Bulan Pertama 2024 - Nga

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Banjir Kilat: Bomba Selamat 2 Wanita Terperangkap Dalam Kereta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang