web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Panjat Zink Tajam Selamatkan Diri, 27 Warga Asing Dicekup Imigresen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 7:04PM

Sebahagian daripada warga asing ditangkap dalam serbuan Op Patuh yang dilancarkan Jabatan Imigresen Perak di sebuah kilang di Batu Gajah, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sekumpulan pekerja warga asing di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan II, Pusing di Batu Gajah bertindak nekad memanjat pagar zink tajam bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa.

Bagaimanapun ‘usaha berani mati’ itu gagal apabila kesemuanya berjaya ditahan dalam serbuan Op Patuh yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak di kilang berkenaan semalam.

Pengarah JIM Perak, Hapdzan Husaini berkata, pihaknya berjaya menahan lima lelaki warga Myanmar dan Bangladesh berusia 30 hingga 35 tahun yang cuba meloloskan diri daripada serbuan itu.

Katanya, kehadiran pihak berkuasa di kilang berkenaan disedari warga asing tersebut, menyebabkan mereka sebelum bertempiaran lari sehingga ada yang sanggup menggadaikan nyawa dengan memanjat pagar zink tajam di belakang premis terbabit.

Menurutnya, kecekapan penguatkuasa yang mengepung kawasan kilang berkeluasan padang bola itu akhirnya berjaya menahan  mereka daripada melarikan diri.

“Serbuan kilang itu merupakan antara empat lokasi pemeriksaan yang dijalankan 30 pegawai penguat kuasa di sekitar Lahat Baru dan Pinji Estate serta Pusing.

“Dalam serbuan itu seramai 74 orang diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara dan daripada jumlah tersebut, seramai 27 orang ditahan melibatkan 18 lelaki Bangladesh, Indonesia (4), Myanmar (4) dan seorang warga Pakistan yang berusia 30 hingga 52 tahun,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Hapdzan, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara haram. – Getaran, 16 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang