web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Jelaskan Bayaran Penghakiman, Sajat Berdepan Notis Bankrap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 8:50AM

Muhammad Sajjad menerima notis bankrap susulan kegagalan membayar RM200,000 kepada bekas stokis utama, OWA Resources. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bakal berdepan notis kebankrapan, yang diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.

Kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam itu dikeluarkan susulan kegagalan beliau membayar penghakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utama, OWA Resources, seperti diputuskan Mahkamah Rayuan April lalu.

Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dikatakan masih belum menyerahkan sebarang afidavit membantah notis kebankrapan itu.

Dua plaintif OWA Resources, Nurwati Hussin dan Mohammed Syakir Hussin berkata, kedua-dua notis berkenaan telah dbuat minggu ini.

Peguam utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan berkata, anak guamnya tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan, justeru kebenaran mahkamah terpaksa dipohon untuk menyerahkan notis secara iklan dan tampalan, iaitu di rumah defendan serta mahkamah.

“Pada tahun lepas anak guam berjaya membekukan akaun bank defendan tetapi hanya dapat memperoleh RM5,000 iaitu baki terkini dari akaun tersebut,” katanya, yang mewakili firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

Mengulas lanjut beliau berkata, ia dilakukan melalui tindakan garnisi terhadap kesemua akaun defendan, dan anak guamnya tidak mempunyai pilihan lain berikutan Sajjad gagal membayar penghakiman mahkamah.

Mengikut penghakiman Mahkamah Rayuan, Sajjad gagal dalam rayuan bagi membatalkan keputusn Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan usahawa terbabit membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada OWA Resources.

Getaran difahamkan, beliau pada awal bulan ini mengemukakan cadangan awal bulan ini untuk membayar ganti rugi tersebut secara ansuran sebanyak RM3,000 sebulan sehingga ia selesai sepenuhnya.

Cadangan tersebut bagaimanapun, tidak dipersetujui oleh kedua-dua plaintif.

OWA Resources sebelum ini jelas Nurul Hafidzah, cuba menyerahkan notis bankrapsi kepada Sajjad sebanyak tiga kali, termasuk surat temujanji dan beberapa yang lain tetapi gagal berbuat demikian selepas beliau gagal ditemui.

Berdasarkan notis berkenaan, Sajjad perlu membayar RM113,327 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 iaitu tarikh pemfailan writ saman dan 3 Mac tahun ini (tarikh notis kebankrapan).

“Beliau juga perlu menjelaskan kos mahkamah sebanyak RM70,000 da  setakat 3 Mac lalu, jumlah tersebut meningkat kepada RM197,329.87,” kata Nurul Hafidzah lagi.

Beliau menarik perhatian, Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebangkrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000. – Getaran, 31 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang