web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Hospital Kerajaan Di Kedah Terima Sumbangan 2 Kontena Sejuk Beku

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 4:54PM

Mahdzir (dua kanan) meyampaikan sumbangan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini tampil menyerahkan sumbangan berupa dua kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat mangsa COVID-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dekat sini dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sumbangan itu dilakukan bagi memenuhi keperluan mendesak di kedua-dua hospital tersebut.

“Sebaik mendapat maklumat berhubung keperluan ini, saya berbincang dengan pengurusan tertinggi TNB untuk kami mengambil tindakan segera bagi menghulurkan bantuan.

“Daripada situ, kami mengambil masa dua hari untuk membuat keputusan bagi menyerahkan sumbangan ini. Saya berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Ir Baharin Din yang banyak membantu dalam hal ini,” katanya.

Penyerahan sumbangan kontena tersebut di HSB disempurnakan sendiri oleh Mahdzir manakala Pegawai Khas Pengerusi TNB, Datuk Shahanim Mohd Yusuf dan Muhamad Nur Aizat Noor Azam mewakili dirinya menyampaikan sumbangan di HSAH.

Selain dua kontena tersebut, Mahdzir memaklumkan TNB turut menyerahkan dua respirator pembersih udara berkuasa (PAPR) kepada HSB.

Katanya, PAPR digunakan oleh doktor bagi melakukan pembedahan dalam kes melibatkan COVID-19.

“Nilai keseluruhan sumbangan itu berjumlah RM165,000. Kita berharap sumbangan ini akan dapat menyelesaikan masalah kritikal dihadapi kedua-dua hospital tersebut.

“Dalam masa sama, langkah ini juga diharap dapat menghilangkan kerisauan orang ramai di negeri ini berkaitan pengurusan mayat mangsa COVID-19,” katanya. - Getaran 1 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Semasa 3 bulan yang lalu

SPRM Bakal Tahan 3 Lagi Individu Terlibat Kes 'Kontena Terbang'

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah