web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedah Naik Tangga Ketiga Carta, Tewaskan PJ City FC 4-1

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Aug 2021 7:26AM

Pemain Kedah Darul Aman FC meraikan kemenangan mereka menentang PJ City. - Gambar dari Facebook KDA FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berhasil melonjak ke tangga ketiga Liga Super 2021 selepas menewaskan Petaling Jaya City FC 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Anak buah Aidil Sharin Sahak membuka jaringan seawal minit keempat menerusi jaringan Rabih Ataya untuk menterjemahkan penguasaan KDA FC di awal babak pertama.

Percubaan demi percubaan dilakukan KDA FC sekali lagi menghukum anak buah P Maniam apabila jaringan Kpah Sherman menembusi gawang pada minit ke-45 masa tambahan separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, duka semakin menimpa skuad The Pheonix apabila Kpah sekali lagi menyumbat gol keduanya pada minit ke-56 untuk meletakkan KDA FC selesa di depan.

Tersentak dengan keputusan itu, Petaling Jaya City FC cuba mengejar selain berhasil menemui gol tunggal mereka menerusi jaringan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-61.

KDA FC bingkas memutlakkan kemenangan pada minit ke-90 masa kecederaan menerusi jaringan Fayadh Zulkifli untuk terus memberi kehampaan kepada Petaling Jaya City FC yang tewas berturut-turut dalam perlawanan Liga Super sebelum ini.

Sementara itu dalam aksi tunggal Liga Premier petang tadi, Kuching City FC menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Pasukan kendalian Irfan Bakti Abu Salim melakar kemenangan kedua berturut-turut di stadium berkenaan menerusi jaringan Mohd Irwan Syazmin Wahab di minit ke-58 dan Amir Amri Salleh pada minit ke-82 sementara gol tunggal JDT II dihasilkan minit ke-17 hasil jaringan Fernando Rodriguez Ortega. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

4

Sukan 2 bulan yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang