web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Majoriti Pilih Terengganu FC, Orang Johor Je Sokong JDT’ - MB Kedah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 4:00PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berterus-terang menyatakan sokongannya kepada pasukan Terengganu FC menjelang final Piala FA antara skuad ‘Sang Penyu’ itu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kedah yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia akan menyokong Terengganu FC.

Katanya, hanya orang Johor akan memberikan sokongan kepada pasukan dari selatan tanah air itu, manakala penduduk di negeri lain pastinya memihak kepada Terengganu.

“Saya sokong Terengganu FC sebab isteri saya orang Terengganu dan setakat ini, saya belum kahwin orang Johor lagi. Lagipun biasanya orang macam saya sentiasa sokong pasukan ‘underdog’.

“Semua sokongan rakyat Malaysia akan ‘pergi’ ke Terengganu dan kalau tak percaya, tunggu. Orang Johor saja sokong JDT, manakala yang lain, semua Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Kedah Sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Dewan Seri Mentaloon di sini, hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial klip video berdurasi 21 saat memaparkan Muhammad Sanusi menggayakan jersi Terengganu FC pada satu acara.

Klip video itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen mengenai sokongan akan diberikan Muhammad Sanusi kepada pasukan dari negeri pantai timur itu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan tetap berlapang dada sekiranya Terengganu tewas pada persaingan itu.

“Kalau kalah, saya akan terima dengan berlapang dada. Tetapi tetap sokong Terengganu,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung 16 hingga 24 September depan, Muhammad Sanusi berkata, kontinjen Kedah menyasarkan 25 pingat emas.

Jelasnya, antara sukan dijangka memberi kelebihan kepada Kedah adalah acara berkaitan kombat, raket dan pelayaran.

Cabaran Kedah kali ini, katanya, diletakkan di bahu 520 atlet dengan diiringi 103 jurulatih, 38 pengurus, 75 urusetia dan 37 pegawai tambahan. - Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah