web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TMJ Berkenan Pinjamkan Kanvas, Padang Stadium Nasional Dijaga

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 6:03PM

Sebelum ini tular tindakan petugas menggunakan penyodok dan kadbod, bagi mengatasi masalah air bertakung di Stadium Nasional Bukit Jalil - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, dijaga rapi dan dijangka berada pada tahap terbaik, menjelang aksi kedua Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Laos, malam ini.

Ia selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), berkenan meminjamkan kanvas bagi menutup permukaan padang stadium keramat skuad Harimau Malaya itu, demikian menurut hantaran di laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut hantaran itu, kanvas tersebut bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik, untuk digunakan sepanjang 90 minit permainan.

“Ia memandangkan keadaan cuaca hujan hampir setiap hari di kawasan Lembah Klang, terutama pada waktu petang dan malam.

“Diharap langkah proaktif yang diambil ini dapat memastikan padang berada pada keadaan yang memuaskan, sekali gus menghidangkan perlawanan menarik buat penyokong Harimau Malaya yang bakal ke stadium malam ini,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini tular tindakan petugas menggunakan penyodok dan kadbod, bagi mengatasi masalah air bertakung di stadium berkenaan selepas hujan lebat pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 membabitkan pasukan negara menentang Bahrain, Jun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pemandu OKU Diserang Mahukan Keadilan, Kata Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pihak Berkuasa Digesa Siasat, Tindakan Menyalahi Undang-Undang Tidak Dibenarkan - Tunku Ismail

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Tunku Ismail Setuju Derma Rumput Hibrid Untuk Stadium Nasional

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka