web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hadiah Bermakna Iringi Ulang Tahun Perkahwinan Sultan Johor, Permaisuri

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Sep 2023 7:52AM

Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan rakan sepasukan, Mikael Greneir bersama kenderaan mereka selepas menamatkan perlumbaan pertama pusingan akhir GT World Challenge Asia di Sepang pada tempat ketiga. gambar Royal Press Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenangan manis tercipta pada ulang tahun perkahwinan ke-41 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, semalam.

Putera bongsu baginda, Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim berjaya meraih tempat ketiga, pada perlumbaan pertama pusingan akhir GT World Challenge Asia di Sepang.

Tunku Abu Bakar bersama rakan sepasukan, Mikael Greneir menunjukkan prestasi baik pada perlumbaan yang cukup sengit, bagi mengekalkan harapan meraih kejuaraan pada perlumbaan kedua, hari ini.

“Ini hadiah yang cukup bermakna buat DYMM Tuanku dan saya sempena ulang tahun perkahwinan ke-41. Saya juga berdoa pasukan terus mencatatkan kejayaan dalam perlumbaan esok,” titah baginda.

Raja Zarith Sofiah bertitah demikian kepada Royal Press Office (RPO) selepas majlis penyampaian hadiah bersempena perlumbaan berkenaan. 

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama kedua-dua anakanda baginda, Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim. gambar Royal Press Office
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama kedua-dua anakanda baginda, Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim. gambar Royal Press Office

Sementara itu, seorang lagi anakanda baginda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim bersama rakan sepasukan, Broc Fenney pula menamatkan perlumbaan pada tangga ke-11.

Gandingan Tunku Abdul Rahman-Broc Fenney serta Tunku Abu Bakar-Mikael Greneir mewakili Triple Eight Johor Motosports Racing (JMR). 

Berangkat sama memberikan sokongan pada perlumbaan semalam ialah Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.

Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, dan suami kepada Tunku Tun Aminah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, Datuk Dennis Muhammad Abdullah. - Getaran, 24 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan