web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JDT Belasah KL City 5-1

Sukan Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2024 8:50AM

Gambar JOHOR Southern Tigers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) membelasah Kuala Lumpur City FC (KL City) 5-1 pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Bolasepak Cheras di sini semalam.

Babak pertama menyaksikan JDT menguasai permainan dan mengasak kubu tuan rumah namun gagal mendapat sebarang jaringan sebelum permainan dihentikan selama empat minit pada minit ke-33 susulan petir di sekitar stadium.

Skuad kendalian Hector Bidoglio akhirnya berjaya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Fernando Martin Forestieri pada minit ke-42 selepas pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin memeriksa video bantuan pengadil (VAR) untuk memastikan pemain JDT tidak ofsaid.

Bola dilihat seperti menerima sentuhan Bergson Gustavo Silveira Da Silva yang ofsaid sebelum ditanduk Forestieri, namun VAR membuktikan tiada sebarang sentuhan oleh Da Silva dan jaringan pertama skuad Harimau Selatan itu dikira.

JDT yang terus mengasak kubu The City Boys mendapat sepakan percuma selepas Francisco De Oliveira Geraldes dijatuhkan pemain KL City Giancarlo Gallifuoco.

Juan Muniz Gallego yang mengambil sepakan itu berhasil menterjemahkan jaringan kedua buat JDT untuk mendahului 2-0 pada masa kecederaan namun KL City merapatkan jurang selepas ketua pasukan Paulo Josue meledak gol pertama juga melalui sepakan percuma sebelum wisel separuh masa dibunyikan.

Bersambung babak kedua JDT sekali lagi membolosi gawang pasukan tuan rumah menerusi tandukan Forestieri selepas menerima hantaran lintang Matthew Davies pada minit ke-61 sebelum Muniz Gallego sekali lagi meledak jaringan keempat skuad Harimau Selatan pada minit ke-71.

Tidak cukup dengan itu, JDT terus menambah duka KL City apabila Muhammad Syahmi Safari menjaringkan gol kelima pasukan pelawat.

Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata, manakala KL City kekal di tangga ke-10 dengan nanya satu mata.

Sementara itu, aksi di Stadium Likas Kota Kinabalu, Sabah menyaksikan Sabah FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan menewaskan Kuching City FC 2-1 untuk meraih tiga mata penuh.

Tuan rumah bermula garang apabila berjaya merobek gawang pasukan pelawat seawal minit ketujuh namun tandukan Darren Lok di dalam kawasan kotak penalti dibatalkan oleh VAR.

Kuching City berjaya memecah kebuntuan menerusi pemain import Pedro Henrique yang menyempurnakan jaringan sebelum Sabah meledak gol penyamaan yang disempurnakan Darren selepas menerima sepakan penalti pada minit ke- 75.

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol kemenangan apabila pemain gantian Jefri Chew berjaya merembat bola ke gol di kawasan kotak penalti pada minit ke-84, sekali gus menjadikan keputusan 2-1 hingga tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Penang FC mengikat PDRM FC dalam satu lagi aksi di Majlis Perbandaran Selayang.

Jaringan pertama PDRM yang dibimbing P. Maniam dihasilkan Ifedayo Olusegun pada minit ke-32 sebelum Penang memperoleh gol menerusi kapten pasukan Rafael Vitor namun dinafikan oleh pengadil menerusi pemeriksaan VAR kerana ofsaid.

Pasukan pelawat yang tidak berputus asa melakukan serangan bertali arus untuk menyamakan kedudukan membuahkan hasil apabila Rodrigo Dias meleret bola ke gawang pasukan tuan rumah selepas menerima hantaran Muhammad Adib Abdul Ra'op pada minit ke-52 dan keputusan kekal hinggal wisel penamat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Perak Catat Kemenangan Pertama Di Laman Sendiri, Sabah Tumbang Di Selayang

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi