web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gesa Anwar Turun Perangai Budak Sekolah - Penerangan PKR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 4:41PM

Anwar digesa berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan PH pada pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini oleh seorang ADUN DAP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segelintir pemimpin dan Pemuda DAP dilihat hipokrit serta sering menuding jari mencari kesalahan apabila berlaku kekalahan terhadap Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, G Manivannan berkata, parti itu hanya menadah tangan menikmati habuan setiap kali Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengorak langkah, tetapi memilih untuk meninggalkan Ketua Pembangkang itu bersendirian jika gagal.

Menurut beliau, rakyat tidak akan lagi menyokong PH jika sikap begitu diteruskan, kerana mereka mahu melihat semua parti dalam gabungan berkenaan bersama sebagai satu unit yang padu.

“Perangai kebudak-budakan seperti pantas menuding jari ke arah orang lain, masih berterusan dalam kalangan segelintir manusia yang tidak dimatangkan oleh proses keusiaan. Jangan perangai macam budak sekolah. Rakyat sedang memerhatikan.

“Seharusnya, kita kena menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka, mengucapkan tahniah kepada yang menang dan memerah otak bagi dapatkan idea bernas untuk mara ke hadapan,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, Manivannan menegaskan, setiap kali berlaku kekalahan, ‘gendang’ akan berbunyi melalui kelompok dan naratif sama, iaitu ‘undur Anwar undur’.

“Siapa mereka? Segelintir pimpinan DAP. Siapa daripada DAP? Semestinya segelintir Pemuda DAP. Angkara siapa? Segelintir pimpinan DAP yang masih menaruh harapan luar biasa dengan Atok96 (Dr Mahathir Mohamad),” katanya.

Manivanan mempersoalkan, adakah Pemuda DAP pernah menegur pimpinan DAP atau PH apabila Mahathir menghina manifesto gabungan berkenaan.

“Pernah Pemuda DAP meminta Mahathir undur selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai? Pernah Pemuda DAP menegur pimpinan kanan mereka yang turut serta dalam pelbagai langkah bersama Anwar untuk mengembalikan mandat rakyat?

“Jawapannya tidak,” katanya.

Terdahulu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa Anwar berundur sebagai ketua pembangkang berikutan kekalahan PH pada pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini.

Menulis di Facebook miliknya, Lee Chin Chen yang merupakan ADUN Bilut berkata pakatan pembangkang perlu meneroka hala tuju dan konsensus baharu secepat mungkin.

Jelasnya, sekiranya gagal berbuat demikian, DAP perlu mempertimbangkan kemungkinan untuk keluar daripada PH. - Getaran, 23 November 2020.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang