web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Tetap Komited Kepada DAP Walaupun Kehilangan Undi Melayu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 9:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar bahawa ramai orang Melayu luar bandar tidak mempercayai DAP, dan ini menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH).

Ini menjadi masalah kepada PH, tetapi Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan bahawa PKR bukannya di waktu senang dan akan terus berdiri di sisi DAP sambil melakukan yang terbaik untuk memujuk pengundi untuk memilih mereka untuk gabungan pembangkang.

Sokongan majoriti Melayu-Islam akan menentukan nasib PH dalam pilihan raya negara (PRU15) akan datang, dengan masyarakat itu dilihat sebagai elemen penting dalam pembentukan kerajaan.

Bagaimanapun, blok pembangkang dibebani sentimen buruk di kalangan kaum Melayu terhadap DAP yang kebanyakannya berbangsa Cina, pada dasarnya memalapkan peluang Anwar menjadi Perdana Menteri.

''Saya pernah luahkan pendapat saya kepada DAP (dan DAP) cuba sedaya upaya juga (untuk meyakinkan Melayu di luar bandar kerana tertanam (ketidakpercayaan terhadap DAP) begitu tebal. Ini adalah disebabkan propaganda perkauman yang berterusan oleh UMNO,'' katanya,

Walaupun isu ini sudah lama berlarutan, Anwar berkata beliau tetap komited dengan persahabatannya dengan DAP.

“Malah sokongan kepada saya dalam kalangan orang Melayu telah terhakis sedikit (disebabkan DAP).

“Ada sesetengah pihak berkata (saya lebih baik) dengan memutuskan hubungan tetapi kita perlu menjelaskan (kepada mereka). Majoriti besar (pengundi) menyokong DAP, bukan sahaja daripada (masyarakat) Melayu dan Cina.

“Jika kita mahu negara diselamatkan, bersatu dan bergerak ke hadapan, kita perlu menerima realiti bahawa kita mesti menegakkan kumpulan yang memberikan sokongan majoriti,” kata Anwar.

Ketua pembangkang itu berkata demikian ketika temu bual khas bersama The Vibes, Malaysiakini, dan Sinar Harian di pejabatnya di Bukit Gasing, di sini, petang tadi.

Beliau ditanya bagaimana PH merancang untuk menangani cabaran meyakinkan orang Melayu luar bandar untuk menerima DAP.

Anwar yakin DAP kekal sebagai rakan PH kerana dasar berhubung rasuah dan integriti adalah “jelas”.

Namun begitu, tokoh pembangkang itu tidak menafikan kewujudan beberapa individu yang “tidak baik” dalam DAP.

“Ini tidak bermakna semua pemimpin DAP mempunyai integriti tinggi, mungkin ada beberapa kelemahan. Sama juga bagi PKR kerana ada pihak yang mengkhianati dengan melompat parti.”

Anwar percaya persepsi negatif orang Melayu luar bandar terhadap DAP telah berakar umbi berikutan indoktrinasi selama beberapa dekad.

Sebahagian daripada ini, katanya, adalah disebabkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB), pelan tindakan afirmatif yang dipercayai ramai orang Melayu sebagai satu-satunya dasar yang membela mereka.

“Ia telah bermula di sekolah dan universiti, termasuk di kalangan profesor.

“Tetapi kami meminta mereka untuk menghuraikan dasar (sendiri) dan pelaksanaannya," katanya, sambil menambah bahawa walaupun DEB bermula pada 1971, protes golongan pelajar yang dipimpin oleh Anwar sendiri berlaku beberapa tahun kemudian di Kedah.

Dikenali sebagai Peristiwa Baling 1974 atau Demonstrasi Baling, gerakan itu menyaksikan ribuan pelajar dan penoreh getah turun ke jalan raya dan menakluki pekan Baling membantah kemiskinan.

Kebangkitan orang ramai tercetus apabila harga global getah merudum, menyebabkan para penoreh berada dalam kedaifan di mana media melaporkan beberapa kanak-kanak mati selepas memakan keladi liar yang beracun untuk menahan kelaparan mereka.

Anwar berkata orang Melayu yang kritikal terhadap DAP boleh melihat kejayaan parti itu dalam mengangkat masyarakat daripada kemiskinan di Pulau Pinang, di mana ia adalah kerajaan negeri, dan membandingkannya dengan pentadbiran di bawah Barisan Nasional.

Beliau juga berkata bahawa pemuda Melayu dan penduduk kampung sentiasa bertanya tentang DAP apabila beliau mengadakan perbincangan dengan mereka, tetapi “tiada jalan lain” selain memberi penjelasan kepada mereka.

“Ini yang kita mesti usahakan dan saya akui ada pendekatan yang boleh kita ajak mereka (Melayu) membincangkan perkara ini secara terbuka.

“Di kawasan seperti Cheras atau Bukit Bintang, adakah kita akan mengenepikan kawasan ini kerana mereka menyokong DAP? Kami tidak boleh berbuat demikian,” kata Anwar.

Anwar juga menegaskan DAP mempunyai 42 ahli parlimen dan dasar-dasarnya tidak menolak kedudukan Bahasa Malaysia, status raja-raja dan agama Islam, serta keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

“Ada juga kenyataan (daripada ahli DAP) yang ‘bebal’ (bodoh) dan ‘cuai’ (melulu), ya. Tetapi adakah mereka mewakili parti secara keseluruhan? Tidak.

“Adakah beberapa kenyataan separuh masak daripada PKR? ya. Tetapi adakah itu membentuk pendirian parti? Tidak,” tambahnya.

Anwar juga berkata bahawa pemimpin dari kedua-dua DAP dan PKR harus mengambil pendekatan “lembut” untuk mewakili parti mereka, sambil menambah bahawa inilah sebabnya penglibatan tetap antara kedua-dua parti itu penting untuk mencapai kata sepakat. - The Vibes, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki