web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR Cabang Bayan Baru Kecoh, Pengundi, Petugas Bertikam Lidah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 4:12PM

Kekecohan dan pertikaman lidah berlaku ketika proses pengundian dijalankan untuk PKR cabang Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekecohan yang berlaku pada Pemilihan PKR di Pusat Pengundian Cabang Bayan Baru di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini dipercayai akibat provokasi pengundi selain petugas yang didakwa tidak mengikut peraturan pengundian.

Difahamkan, punca kekecohan itu berlaku apabila perayu didakwa gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu tidak boleh berada kurang daripada 200 meter dari pusat pengundian.

Turut menjadi punca provokasi dan pertikaman lidah ialah perebutan pengundi antara penyokong calon ketua cabang yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

Bagaimanapun, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku ketika kekecohan itu yang berlarutan kira-kira lima minit sebelum ia dileraikan penyokong kem masing-masing.

Menurut sumber dalaman PKR Pulau Pinang, terdapat petugas di pusat pengundian itu yang dipercayai terdiri daripada penyokong kepada calon, sehingga menyebabkan berlaku ketidakadilan ketika proses merayu undi.

Dikatakan juga, terdapat perbuatan mencuri pengundi bagi membolehkan mereka menyokong calon lain.

“Apa yang kita tak puas hati, individu di pusat pengundian dan perayu undi adalah daripada pihak sama, sekali gus membuktikan ada ketirisan berlaku ketika merayu undi. Selain itu, ada juga kes cuba curi penyokong yang baru sampai untuk mengundi calon kem lain.

“Ini sangat tidak adil kerana jelas melanggar peraturan ditetapkan parti kita.

“Undang-undang jelas menyatakan tidak boleh berada untuk merayu undi dalam radius 200 meter,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Lantaran itu jelas sumber, pihaknya akan membuat surat aduan terhadap insiden yang berlaku untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi tindakan selanjutnya.

“Laporan ini dilakukan bagi memberi keadilan kepada pihak yang mengikuti peraturan yang telah ditetapkan parti. Harap JPP memandang serius terhadap perkara ini,” luahnya.

Sementara itu, Tze Tzin mengakui berlaku sedikit kekecohan namun ia hanya membabitkan perselisihan faham dan tiada sebarang kekecohan melampau yang berlaku ketika itu

“Pemilihan hari ini merupakan persaingan sihat yang hanya melibatkan perseteruan persahabatan. Cara mengundi ini juga kita nak senangkan semua pengundi.

“Mungkin orang muda tak tahu budaya PKR. Bagaimanapun, perkara ini saya ambil maklum dan telah beritahu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR selain memohon Datuk Halim untuk mengawal penyokongnya,” katanya.

Sebanyak 13 cabang di Pulau Pinang mengadakan sesi pemilihan secara fizikal iaitu Balik Pulau, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Nibong Tebal, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong, Bukit Gelugor dan Bayan Baru.

Pertembungan antara Tze Tzin dan Abdul Halim bagi jawatan ketua cabang Bayan Baru antara perlawanan yang diberi tumpuan di peringkat cabang Pulau Pinang.

Antara negeri yang telah mengadakan pengundian secara fizikal ialah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan manakala pengundian fizikal hari ini dijalankan di Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Selangor yang mencatatkan bilangan ahli tertinggi bakal mengundi pada 21 Mei, manakala Perak, Sabah dan Sarawak pada 22 Mei ini.

Keputusan bagi kepimpinan cabang akan diumumkan pada 23 Mei ini manakala jawatan timbalan dan naib presiden pula pada 26 Jun iaitu sehari selepas kongres kebangsaan parti berkenaan pada 24 dan 25 Jun. - Getaran, 16 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan, Panggil Individu Terlibat Kekecohan Pasar Raja Bot

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Bunuh Cradle Fund: Tolak Menolak, Kekecohan Antara Jurugambar Dan Peguam

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dah ‘Call’ Rafizi, Keputusan Pemilihan PKR Dalam Waktu Terdekat - Anwar Ibrahim

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pemilihan PKR: Sangetha Jayakumar Dakwa Keputusan Tidak Masuk Akal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini