web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerusi Batang Kali Diisytihar Kosong - Speaker DUN Selangor

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 5:46PM

Pengisytiharan itu, dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali hari ini diisytiharkan kosong berkuatkuasa 28 Jan, ekoran penyandangnya Harumaini Omar (Pejuang) tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan.

Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata pengisytiharan itu, dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat (YB) Harumaini Omar didapati tidak hadir tanpa kebenaran tuan speaker pada keseluruhan Persidangan Dewan dari 23 hingga 30 Nov 2022, 1 hingga 2 Dis 2022 dan 5 hingga 6 Dis 2022,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan bahawa, Harumaini telah memohon kebenaran daripada speaker untuk tidak hadir pada Persidangan Dewan untuk tempoh berkenaan.

“Berdasarkan rekod penyata rasmi dan buku kehadiran, tarikh akhir kehadiran YB Harumaini ke persidangan dewan adalah pada 27 Julai 2022. Memandangkan tempoh enam bulan dikira bermula dari tarikh 28 Julai 2022, maka seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tempoh ketidakhadiran YB Batang Kali telah melebihi enam bulan,” katanya.

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. Diisytiharkan di Shah Alam pada 16 Feb 2023,” katanya.
Ng berkata notis kekosongan kerusi berkenaan akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat dan Harumaini akan mengetahui berkenaan kekosongan itu melalui sidang media berkenaan pengisytiharan itu pada hari ini.

Ditanya adakah Harumaini pernah berhubung dengan pihak Speaker DUN berkenaan ketidakhadiran beliau, Ng berkata beliau tidak menerima sebarang surat atau dihubungi oleh Harumaini. 

“Kalau tidak hadir beliau kena tulis surat kepada Setiausaha DUN Selangor untuk tidak hadir kerana ada masalah atau sebagainya, perlu dimaklumkan (kepada DUN),” katanya.

Beliau menjelaskan pengisytiharan tersebut dibuat pada hari ini, selepas melalui proses yang tertib dan teratur termasuk mendapat ulasan dan nasihat  daripada kamar penasihat undang-undang negeri.

Dalam pada itu katanya segala gaji dan elaun Harumaini akan diberi sehingga Januari dan bermula Februari ini, segala pembayaran gaji dan kebajikan beliau sebagai ADUN akan dihentikan, namun pencennya tidak terjejas.

Beliau berkata Harumaini tidak dibenarkan untuk membuat rayuan di atas pengisytiharan itu serta dilarang hadir ke sidang DUN Selangor yang bermula pada Mac 13 depan.

Katanya pengisytiharan kekosongan itu ialah kali kedua yang dilakukan DUN Selangor.

“Kita juga ada rekod kes duluan iaitu pada 19 Jan 2011 Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim ketika itu mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang, yang disandang Badrul Hisham Abdullah menggunakan peruntukan yang sama, ini kes yang kedua berlaku,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Sultan Selangor Mahu Sidang DUN Berlangsung Ikut Tertib, Peraturan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerusi Muhyiddin, Hamzah, Hadi Kosong Sewaktu Sesi PMQ?

4

Politik 1 tahun yang lalu

PN Tolak Permohonan PEJUANG, ‘Keputusan Itu Amat Mendukacitakan…’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan