web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Mahu Sidang DUN Berlangsung Ikut Tertib, Peraturan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Oct 2023 5:28PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negeri Selangor yang baharu, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. - gambar FB Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu suasana perdebatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan, tanpa dicemari penggunaan bahasa kasar dan tidak sopan serta perangai yang boleh dianggap sebagai tidak bertamadun.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima menghadap Speaker DUN Selangor yang baharu, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan, di sini, semalam. 

Menurut Facebook Selangor Royal Office, pada pertemuan itu, Sultan Selangor bertitah supaya Lau meneruskan kesinambungan speaker terdahulu dalam mengendalikan perjalanan sidang dewan dengan adil, lancar dan tidak berat sebelah.

Sultan Sharafuddin turut menzahirkan pujian dan penghargaan kepada speaker-speaker terdahulu daripada parti DAP yang dilantik sejak 2008, yang berjaya mengawal keadaan setiap kali sidang DUN berlangsung.

Lau, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Banting, dilantik sebagai Speaker DUN Selangor berkuat kuasa 19 September lalu menggantikan Ng Suee Lim. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Kerusi Batang Kali Diisytihar Kosong - Speaker DUN Selangor

2

Politik 1 tahun yang lalu

ADUN Banting Nafi DAP Parti Anti-Islam, Melayu

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Kerangka KBN Untuk Tambah Baik Belanjawan Negeri - Rizam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib, Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan