web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelaburan Infineon Berlaku Bukan Kerana Sanusi Tersengih – Rafizi 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 3:22PM

Rafizi Ramli - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penyokong Perikatan Nasional (PN) diingatkan agar tidak terlalu ghairah mendabik dada, kononnya pelaburan oleh syarikat terkemuka Jerman, Infineon Technologies AG (Infineon) adalah kejayaan dihasilkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

Hakikatnya menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, segala projek dilaksanakan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi Tech) adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. 

Beliau berkata, ia meliputi pelaburan terdahulu dan terkini dibuat syarikat berkenaan. 

“Penyokong PN tengah riuh pasal Infineon. (Mereka) Kata ini semua kerja Sanusi dan Infineon dah lama di Kedah.  

“Kepada penyokong PN, jangan teruja lebih,” katanya sinis menerusi ciapan di Twitter, tengah hari tadi. 

Rafizi menyatakan demikian sebagai mengulas dakwaan Sanusi kononnya beliau adalah individu bertanggungjawab yang meluluskan pelaburan berkenaan. 

Dakwa Pengarah Pilihan Raya PN Kedah itu, pelaburan baharu itu telah dimaklumkan terlebih awal oleh Infineon kepadanya tahun lalu. 

Katanya lagi, perkara itu dimaklumkan semasa sesi melawat kilang, sekali gus beliau merasmikan unit baharu syarikat Jerman itu. 

“Dia (Infineon) sudah maklum hendak tambah pelaburan di Kulim dan minta tanah belakang kilang dia. Kita pun lulus dan pajak dekat dia lagi tanah di belakang itu. 

“Tau-tau Datuk Seri Anwar Ibrahim kata baru meluluskan pelaburan Infineon. Tuan-tuan, main claim kerja orang cukup bijak. Semua dia kata dia buat. Tan Sri Muhyiddin (Yassin) hapus hutang Felda RM8.3, mai dia jadi Perdana Menteri dia kata dia buat. 

“Semua rekod ada, tuan-tuan hendak bohong agak-agaklah. Buka mulut bohong,” katanya, seperti dilaporkan Harian Metro. 

Membidas kenyataan Sanusi itu, Rafizi berkata, sebarang keputusan melibatkan pelaburan berskala besar oleh syarikat multinasional (MNC) di mana-mana lokasi hanya boleh diputuskan oleh pengurusan ibu pejabat di negara masing-masing. 

Infineon dalam hal ini jelasnya, tidak terkecuali kerana aspek tersebut diputuskan oleh ibu pejabat syarikat yang berpangkalan di Jerman. 

“Jadi bila ada keputusan untuk menambah pelaburan RM25 bilion, operasi MNC di negara masing-masing akan cuba yakinkan ibu pejabat mereka untuk labur di negara masing-masing.  

“Maka, apa pertimbangan ibu pejabat untuk pilih negara mana untuk melabur RM25 bilion ini? Insentif dari kerajaan? Potongan cukai?” katanya, membangkitkan persoalan terhadap situasi sebenar yang berlaku. 

Tegas Timbalan Presiden PKR itu, pengurusan Infineon perlu memastikan rakan pelabur mereka mempunyai penjanaan kapasiti tenaga solar dalam jumlah tinggi, sesuai dengan operasi perniagaan yang berasaskan semikonduktor. 

“Pemilik atau pelabur syarikat-syarikat seperti Infineon kebanyakannya berada di negara-negara Eropah yang kini sangat mementingkan penjagaan alam sekitar.  

“Operasi syarikat mereka mesti patuh kepada peraturan menyelamatkan iklim yang kini menjadi isu pemanasan global  

Pendek kata, mereka mencari operasi syarikat yang menggunakan tenaga boleh baharu yang tinggi seperti solar,” katanya. 

Anwar Ibrahim berkata, pelaburan Infineon selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang menyasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia - gambar fail
Anwar Ibrahim berkata, pelaburan Infineon selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang menyasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia - gambar fail

Rafizi menarik perhatian, dua dokumen penting dilancarkan beliau dan Anwar iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) serta Ekonomi Madani berupaya menarik pelaburan baharu. 

“Fokus kita kepada tenaga solar dan boleh baharu. Lagi banyak solar, lagi banyak syarikat besar nak masuk ke Malaysia kerana mereka memang sedang mencari negara yang boleh membekalkan tenaga solar sebagai sebahagian komitmen alam sekitar mereka,” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, pelaburan berjumlah RM25 bilion oleh Infineon itu jelas memiliki kaitan dengan Eknomi Madani. 

“Rancangan kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai Bateri Solar paling besar di rantau Asia Tenggara.  

“Harap penyokong PN faham bahawa pelaburan tambahan itu tak akan berlaku hanya kerana Sanusi sengih-sengih ya,” sindirnya, tajam. - Getaran, 6 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang