web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarik Sokongan Mudah, Mencari PM Baharu Bahagian Yang Susah - Penganalisa

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 9:21AM

Yang di-Pertuan Agong ada hak meminta Muhyiddin untuk membuktikan dirinya masih mempunyai keyakinan pihak majoriti dalam Dewan Rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan beberapa Ahli Parlimen UMNO untuk menarik sokongan untuk Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin adalah bahagian yang mudah untuk membuktikan keruntuhan kerajaan, kata ahli geostrategi Universiti Teknologi Malaysia Profesor Azmi Hassan.

Tetapi kata Azmi, bahagian yang paling rumit, memandangkan keadaan sekarang, adalah untuk memilih Perdana Menteri yang baharu.  

“Jika Ahli Parlimen UMNO betul-betul menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan PN, secara teorinya, Muhyiddin sedang menjalankan pemerintahan minoriti, dan mengikut perlembagaan negara kita, beliau tidak lagi mempunyai sokongan majoriti untuk menjadi ketua kerajaan,” kata Azmi kepada The Vibes semalam.

Pilihan calon Perdana Menteri, katanya, mungkin jatuh kepada calon dari UMNO atau Pakatan Harapan (PH), dengan kedua-dua parti perlu membuktikan kepada Yang di-Pertuan Agong yang mereka mempunyai sokongan majoriti.

Profesor Azmi Hassan
Profesor Azmi Hassan

“Perkara itu lebih susah berbanding dengan keputusan UMNO. Saya berharap yang salah satu pihak boleh mengetengahkan calon Perdana Menteri yang boleh mendapat sokongan dari Ahli Parlimen UMNO dan PH.

“Sudah tentu, cara yang terbaik adalah untuk mendapatkan sokongan daripada BERSATU dan PAS kerana rakyat mahukan kerajaan yang stabil dan kini bimbang berikutan pengumuman UMNO,” tambahnya.

Azmi berkata bakal Perdana Menteri yang boleh mendapatkan sokongan daripada semua bahagian amat penting untuk memastikan peralihan kerajaan yang lancar di tengah krisis kesihatan dunia yang melanda negara.

“Calon itu perlu mempunyai kebolehan untuk menyatukan selepas negara menderita akibat komplikasi politik buat beberapa bulan yang lepas ini dan boleh mendapat sokongan daripada semua pihak,” kata Azmi.

Manakala, peguam perlembagaan, New Sin Yew, dalam satu hantaran di Facebook berkata, berikutan keputusan UMNO dan 107 Ahli Parlimen Pembangkang, Muhyiddin tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

New Sin Yew
New Sin Yew

“Persoalan sekarang adalah bagaimana kita menguji jika Muhyiddin masih mempunyai keyakinan pihak majoriti?

“Cara yang terbaik adalah melalui undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat.

“Tetapi usul sebegitu telah ditolak beberapa kali oleh Speaker,” katanya, menambah yang pihak kerajaan mungkin menangguhkan persidangan Dewan Rakyat bagi tempoh enam bulan.

Tidak kiralah sama ada Ahli Parlimen lain mempunyai kepercayaan majoriti, Sin Yew berkata yang Muhyiddin harus letak jawatan jika tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

“Mengikut keadaan ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk meminta Muhyiddin untuk membuktikan yang beliau masih mempunyai keyakinan pihak majoriti Dewan Rakyat dan masih berada dalam posisi untuk memberi nasihat kepada Agong.

“Jika Muhyiddin mengakui yang dirinya telah hilang kepercayaan pihak majoriti, beliau boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen di bawah Artikel 43(4) perlembagaan persekutuan.  

“Namun, Agong mungkin menolak untuk berbuat sedemikian di bawah Artikel 40(2) dan sebaliknya melantik Perdana Menteri lain menggantikannya.” - Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang