web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Najib Memalukan Negara - Hakim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 5:18PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan, hari ini menegaskan adalah tidak masuk akal untuk kerajaan menjamin pinjaman kepada syarikat korporat berkaitan kerajaan (GLC) dengan mengetahui ia tidak mampu membayar semula pinjaman atau faedahnya.

Hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam penghakimannya menjelaskan, mendedahkan kerajaan demi menjamin syarikat korporat yang bermasalah untuk mendapatkan pinjaman bukan satu tindakan bagi kepentingan negara.

“Itu hanyalah pengurusan kewangan dana awam yang buruk.

“Ia bukan sesuatu yang boleh dikatakan dilakukan demi kepentingan negara.

“Tiada kepentingan negara di sini, ia cuma memalukan negara.

“Perayu terbabit secara aktif memastikan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) disalurkan kepada SRC International Sdn Bhd (SRC International),” katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, selepas (wang) disalurkan, Najib bersikap tidak acuh mengenai keberadaan dana itu dan tidak meminta penjelasan daripada SRC, apa yang berlaku kepada dana, bagaimana ia digunakan atau untuk tujuan apa.

Abdul Karim berkata, Ahli Parlimen Pekan tersebut juga telah mengarahkan Menteri Kewangan kedua ketika itu untuk tidak menyentuh SRC.

“Kelakuan perayu boleh menunjukkan hanya satu perkara iaitu, sebaik sahaja dana diperoleh oleh SRC, di mana perayu mempunyai kawalan menyeluruh, dia bebas menggunakannya bagi faedah peribadinya.

“Ini ditunjukkan dengan pengaliran RM42 juta daripada SRC ke dalam akaun peribadi perayu (Najib).

“Kami mendapati bahawa hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat sepenuhnya.

“Ini selepas mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap perayu mengikut seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melampaui keraguan munasabah,” ujarnya.

Justeru, Abdul Karim berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan kes pembelaan sudah dipertimbangkan sepenuhnya oleh hakim Mahkamah Tinggi.

“Akhirnya, Mahkamah Tinggi yang bijaksana berpuas hati dan turut dipersetujui oleh panel, bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan menyalahgunakan kedudukan terhadap Najib melampaui keraguan munasabah.

“Secara keseluruhannya panel mendapati sabitan oleh Mahkamah Tinggi itu adalah selamat,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Mahkamah Rayuan, hari ini sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International selepas menolak rayuan Najib.

Panel tiga hakim yang diketuai Abdul Karim dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat serta Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dijatuhkan terhadap Najib sebelum ini, atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

Namun, bekas Perdana Menteri tersebut dibebaskan buat sementara waktu selepas Mahkamah Rayuan, hari ini membenarkan permohonan peguam belanya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Mahkamah turut mengekalkan setiap syarat yang dikenakan terhadap Najib sebagaimana ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi, iaitu jaminan RM2 juta di samping menyerahkan pasport ke mahkamah dan perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan. -Getaran, 8 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah