web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kakitangan Diplomatik Korea Utara Dan Keluarga Berlepas Pulang Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 5:02PM

Kakitangan dan keluarga Kedutaan Korea Utara tiba di KLIA sebelum menaiki pesawat komersial syarikat Shanghai Airlines penerbangan FM0886 ke Pudong, China. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia berlepas pulang ke negara mereka hari ini susulan keputusan Pyongyang pada Jumaat untuk menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Kesemua 33 warga Korea Utara terbabit termasuk beberapa kanak-kanak, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 11.45 pagi tadi.

Mereka dijadualkan berlepas menaiki pesawat Shanghai Airlines Penerbangan FM886 ke Pudong, China pada 4.10 petang hari ini sebelum transit di Beijing dan meneruskan perjalanan pulang ke Korea Utara. 

Setiba di KLIA, mereka diiringi anggota polis ke kaunter daftar masuk untuk berlepas keluar yang mengambil masa kira-kira sejam.

Kuasa Usaha Kedutaan Korea Utara Kim Yu Song serta Kaunselor Song Ki Choi dilihat membantu staf lain dan keluarga mereka mendaftar masuk sebelum kesemuanya dibawa ke laluan VIP. 

Sepanjang proses berlepas itu, mereka dibantu kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad. Bagaimanapun, pihak media yang berkumpul di KLIA bagi membuat liputan hanya dapat meninjau dari jauh berikutan kawalan polis.  

Susulan keputusan Korea Utara menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, Kementerian Luar Malaysia atau Wisma Putra mengeluarkan arahan agar semua kakitangan kedutaan itu dan tanggungan mereka meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam.

Terdahulu hari ini pada kira-kira 11 pagi, warga media yang berkumpul di hadapan Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara, mendapati staf kedutaan itu serta tanggungan mereka meninggalkan premis berkenaan menaiki beberapa kenderaan termasuk sebuah bas yang disewa khas.  

Kim juga sempat bercakap dengan pemberita, meluahkan rasa kecewanya terpaksa meninggalkan Malaysia.

Pada Jumaat, Pyongyang mengumumkan ia menamatkan  hubungan diplomatik dengan Malaysia apabila pada awal bulan ini mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram. 

Pada hari sama, Wisma Putra dalam kenyataannya berkata ia kesal dengan keputusan Korea Utara itu dan sebagai tindak balas, Malaysia akan menutup kedutaan negara berkenaan di sini yang operasinya sudah digantung sejak 2017.

Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973 serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdagangan hinggalah pada 2017 apabila  Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Korea Utara Dakwa Berjaya Lancar Satelit Pengintip Ke Orbit

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah 'Money Heist' Korea Sedia Dikecam

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelajar Dihukum Tembak Sampai Mati Kerana Jual ‘Squid Game’

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Korea Utara Batal Sertai Olimpik, Kata Kementerian Sukan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi