web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Membisu, Jelaskan Terperinci Pelan Jangka Pendek Mekanisme Pemberian Subsidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 3:22PM

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ digesa memberi penerangan secara terperinci berhubung rancangan jangka pendek program subsidi dan mekanisme pemberiannya kepada orang ramai.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, penting bagi kerajaan untuk menjelaskan agar rakyat dapat mengetahui hala tuju serta kesan terhadap ekonomi kepada penerima subsidi.

“Tak jelas perancangan kerajaan tentang dua perkara. Pertama adalah pelan jangka masa sederhana untuk program subsidi. Walaupun telah disebut kekal sampai hujung tahun namun adakah ia akan ada kesan-kesan lain.

“Kedua, mekanisme pemberian subsidi. Sekarang ini kita dengar bagaimana bantuan diberikan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tapi sama ada wujud bantuan-bantuan lain itu, kita perlu teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Jualan Amal Prihatin Rakyat dengan kerjasama Mydin di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa, di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tambahan bayaran RM50 dan RM100 kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan ketika ini.

Suasana Jualan Amal Prihatin Rakyat dengan kerjasama Mydin di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa - Gambar Syeda Imran
Suasana Jualan Amal Prihatin Rakyat dengan kerjasama Mydin di Dewan Terbuka Dataran Seri Angkasa - Gambar Syeda Imran

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan menyalurkan bantuan tunai tambahan itu kepada golongan B40, masing-masing RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang.

Menurut beliau, setiap penerima bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing, dengan bantuan tunai tambahan dibayar bersekali dalam bayaran Fasa 2, membabitkan peruntukan tambahan bernilai RM630 juta.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR mengharapkan agar Jemaah Menteri turun padang melihat sendiri kesusahan ditanggung rakyat, khususnya golongan B40 yang terbeban dalam menyara kehidupan akibat kesan selepas pandemik COVID-19.

Jelasnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, perlu tampil dengan langkah-langkah proaktif agar kenaikan harga barang tidak menjadi beban utama rakyat.

“Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bukan setakat beri penjelasan tetapi apakah tindakan-tindakan yang akan mereka ambil sekarang. Setakat ini kita baru dengar pengumuman tentang penubuhan (Pasukan Khas Jihad) tapi saya rasa sepatutnya bila diumum penubuhan sudah ada langkah-langkah.

“Sebelum ini sudah wujud Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)  sejak tahun 2018 maka semestinya NACCOL telah menjalankan kajian. Sepatutnya taskforce ini mengumumkan apakah saranan, syor, tindakan yang dicadangkan NACCOL. Ini antara yang perlu dilakukan sekarang,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global