web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TikTok Padam 2,113 Video Berunsur Provokatif, Ekstremis  

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 7:40PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,113 video yang berunsur provokatif serta ekstremis telah dipadam secara automatik oleh penyedia aplikasi TikTok setakat 26 November lalu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 857 video telah dipadam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) manakala 130 rakaman lagi disekat ketika hari pengundian, pada 19 November lalu.

“Bagi pasca PRU bermula 20 sehingga 26 November lalu, sebanyak 1126 video telah dipadamkan secara automatik bersandarkan sistem automasi dan kecerdasan buatan (AI) yang dimiliki oleh TikTok.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga telah berikan sejumlah aduan dan daripada 202 video yang dimohon, sebanyak 95 telah diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti manakala 28 video pula dipadamkan kerana melanggar undang-undang negara,” katanya.

Fahmi bercakap pada sidang media di Kementerian Komunikasi dan Digital, di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Fahmi bercakap pada sidang media di Kementerian Komunikasi dan Digital, di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kementerian Komunikasi dan Digital, di sini, hari ini.

Fahmi berkata, sebanyak 1,000 bahan berunsur provokatif serta ekstremis telah dikekang oleh TikTok selepas menerima aduan daripada pelbagai agensi kerajaan, khususnya SKMM.

“Selain aplikasi TikTok, kementerian akan meneliti undang-undang untuk pengusaha platform media sosial agar peraturan itu lebih responsif terhadap permohonan serta permintaan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Menurut Fahmi, pihaknya akan melaksanakan kajian secara terperinci agar langkah yang perlu dilakukan bukan sahaja menghasilkan kerjasama erat, tetapi turut meliputi penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas.

“Kita mahu lihat pengurangan konten yang bersifat provokatif, khususnya berkaitan 3R iaitu Raja-Raja Melayu, agama (Religion) dan perkauman (Race).

“Ini antara (perkara) yang akan kita usahakan,” katanya. - Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok