web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: "Terima Kasih Pasukan SAR, Petugas Media" - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 7:34AM

Fahmi Fadzil menzahirkan penghargaan kepada pasukan SAR termasuk media yang terbabit dengan tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menzahirkan penghargaan kepada pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, Selangor.

Ucapan yang sama turut ditujukan kepada semua petugas media yang bertungkus lumus membuat liputan dan menyampaikan perkembangan terkini sejak hari pertama tragedi itu berlaku.

“Setinggi-tinggi penghargaan buat semua yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat yang berakhir pada hari ini dan takziah buat semua keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Sementara itu dalam hantaran Facebook berasingan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan turut merakamkan penghargaan buat pasukan SAR daripada pelbagai agensi yang mengerah keringat mencari mangsa tragedi itu.

“Jasa bakti anggota pasukan SAR yang terlibat amat dihargai,” katanya.

Usaha pencarian mangsa terakhir tragedi berkenaan berakhir hari ini, selepas mayat mangsa ke-31, iaitu kanak-kanak lelaki dipercayai berusia lingkungan antara 7 hingga 12 tahun ditemukan pasukan SAR 4.53 petang tadi pada kedalaman tanah 1.5 meter.

Selepas sembilan hari operasi SAR dilaksanakan, mayat terakhir itu ditemukan dalam keadaan telungkup di tebing bukit dalam beg tidur, kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (hill view).

Dalam insiden awal pagi 16 Dis lepas, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan mangsa.

Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Merdekakan Jiwa Daripada Penyebaran Konten, Komen Jelik - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang