web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Termasuk Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Nahas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2021 10:47PM

Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan motosikal Yamaha 150.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERANG - Tiga termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan motosikal Yamaha 150 di Kilometer 5, Jalan Kuala Nerang menuju ke Semeliang, dekat sini, hari ini.

Ketiga-tiga individu tersebut iaitu pemandu kereta, Mohd. Irwan Ismail, 37; anaknya, Muhammad Amir Arsyad Mohd. Irwan, 6, dan penunggang motosikal, Muhammad Syazwan Saberi, 20, meninggal dunia akibat cedera parah di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa iaitu pembonceng motosikal berusia 11 tahun cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Nerang, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.15 petang tadi melibatkan kereta dinaiki dua beranak terbabit dan motosikal Y150 ditunggang dua lelaki.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta tersebut yang sedang dalam perjalanan dari arah Semeliang menuju ke Kuala Nerang, hilang kawalan dipercayai ketika cuba mengelak binatang melintas.

“Keadaan itu menyebabkan motosikal yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak, lalu melanggar tepi pintu hadapan sebelah kiri kereta berkenaan.

“Akibat kejadian itu, tiga mangsa iaitu pemandu kereta, anaknya dan penunggang motosikal berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal tersebut yang merupakan kanak-kanak berusia 11 tahun mengalami kecederaan parah,” katanya.

Mulkiaman menambah, semua jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk dibedah siasat.

“Siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kedua-dua mangsa yang berada dalam kereta tersebut tersepit menyebabkan pihaknya terpaksa menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mereka.

“Pihak kami menerima panggilan kira-kira pukul 4.45 petang dan tiba kira-kira pukul lapan minit kemudian. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.59 petang,” katanya. - Getaran, 25 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki