web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kumpulan Remaja Terbabit Gaduh Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 8:00PM

10 remaja yang tular dalam media sosial kerana bergaduh telah ditahan polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPUNG GAJAH - Polis menahan 10 remaja dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan kedai kosong di sini, selepas video pergaduhan itu tular di media sosial sejak semalam.

Difahamkan, penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan jam 10.52 malam di Balai Polis Kampung Gajah berkenaan video terbabit.

Video yang tular itu memaparkan sekumpulan remaja lelaki bergaduh, sambil disaksikan seorang remaja perempuan yang turut berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Barudin Wariso berkata, hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada jam 1 tengah hari, 20 April lalu.

Katanya, ia membabitkan seramai tujuh remaja lelaki yang memukul seorang kenalan mereka. 

“Kejadian itu dirakam oleh rakan remaja terbabit dengan menggunakan telefon bimbit, dan susulan itu, polis menahan 10 remaja berkenaan berusia antara 13 hingga 18 tahun pada 11.30 malam tadi untuk membantu siasatan.

“Empat daripada mereka termasuk remaja perempuan berusia 14 tahun itu masih bersekolah dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mangsa berusia 14 tahun itu bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan di pusat perubatan selepas kejadian itu. 

Katanya, mangsa kini hanya mengalami kesakitan di bahagian perut akibat ditendang ketika kejadian dan tiada kesan kecederaan atau lebam pada badan mangsa. 

“Mangsa menyatakan tidak dipukul menggunakan apa-apa objek ketika kejadian. 

"Selain pakaian, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam kejadian berkenaan yang dimuat naik secara langsung melalui akaun Instagram,” katanya. – Getaran, 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang