web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MAIM Peruntuk RM13.1 Juta Bantu Mualaf Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 9:54AM

Majlis Agama Islam Melaka berkata jumlah itu meliputi bantuan seperti pendidikan, kebajikan, bantuan makanan bulanan, perubatan, bantuan anak-anak mualaf dan sebagainya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM13.1 juta tahun ini bagi membantu golongan mualaf dengan menyediakan pelbagai bantuan dan sumbangan.

Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Md Rawi Mahmud berkata ia meliputi bantuan seperti pendidikan, kebajikan, bantuan makanan bulanan, perubatan, bantuan anak-anak mualaf dan sebagainya.

"Bagi tahun ini jumlah peruntukan juga meningkat berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM8 juta... ini seiring dengan kos sara hidup yang semakin tinggi di samping meringankan beban mereka.

Beberapa jenis bantuan juga ditingkatkan nilainya seperti bantuan bulanan makanan daripada RM200 kepada RM250 dan elaun sara diri anak-anak mualaf di pusat pengajian tinggi daripada RM400 kepada RM600 sebulan," katanya kepada pemberita di Kota Laksamana di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Apresiasi Mualaf Negeri Melaka yang turut dihadiri  Setiausaha MAIM Muhammad Ikram Ibrahim dan Pengurus Baitulmal MAIM Hairulamin Mohd Sis.

Pada majlis itu seramai 126 pelajar Kelas Fardhu Ain Mualaf (KAFAF) dari pelbagai tahap diraikan atas kejayaan  mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Md Rawi berkata seramai 2,483 mualaf direkodkan di Melaka sejak 2010.

Dalam pada itu beliau berkata MAIM juga komited membantu golongan mualaf untuk mendalami ilmu agama dengan menyediakan  18 kelas KAFAF pelbagai tahap menerusi Balai Islam Melaka di seluruh negeri.

"Sehingga kini terdapat seramai 205 pelajar mualaf dalam Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (30 pelajar) dan Jasin (70 pelajar)," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Harga Barangan Keperluan: Kerajaan Sedaya Upaya Bantu Rakyat - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk Roy Dicari Bantu Siasatan Kes Rasuah SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi