web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Doktor Sertai ‘Townhall’ KKM Tidak Dikenakan Tindakan Tatatertib

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 12:36PM

Dr Zaliha ketika mengendalikan sesi townhall yang dihadiri 350 pegawai perubatan kerajaan, semalam. - Gambar ihsan Suara Keadilan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada doktor yang akan dikenakan tindakan tatatertib selepas menghadiri sesi ‘townhall’ yang diadakan di Kementerian Kesihatan (KKM), petang semalam.

Jurucakap Pejabat Menteri Kesihatan menerusi satu kenyataan memaklumkan, sesi tersebut yang dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bertujuan untuk mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada anggota perubatan berhubung pelbagai perkara.

“Seramai kira-kira 350 orang doktor yang terdiri daripada pegawai perubatan kerajaan menghadiri sesi townhall bersama Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

“Sesi itu hanya dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, serta pegawai dari pejabat masing-masing,” katanya. 

Menurut kenyataan itu lagi, pelbagai isu dibangkitkan dalam sesi tersebut antaranya berkaitan doktor kontrak, penambahbaikan fasiliti kesihatan awam, kekurangan doktor di Jabatan Kecemasan, penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan dan isu teknikal lain.

Katanya, Dr Zaliha amat menghargai dan menghormati pandangan, maklum balas dan cadangan yang diberi sepanjang perjumpaan selama lebih dua jam itu.

“Dengan semua cadangan dan maklum balas yang diperolehi, beliau akan berusaha menangani isu-isu berkenaan sama ada dari segi polisi atau teknikal yang melibatkan KKM.

“Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai perubatan yang hadir dan memberi komitmen,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau amat menghargai serta merakamkan ucapan terima kasih kepada doktor yang hadir pada sesi ‘townhall’ tersebut. 

“Saya percaya, berpegang kepada teras ihsan dan hormat dalam kerangka Malaysia Madani, suara dan pandangan doktor sebagai pemegang taruh penting dalam sektor ini, dan amat bermakna.

“Selesai pertemuan dengan pihak-pihak berkaitan, InsyaAllah kita usahakan gerak langkah ke hadapan,” katanya. - Getaran, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok