web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Doktor Kontrak: Kerajaan Pastikan Penyelesaian Menang-Menang - TPM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 10:03PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan situasi menang-menang dicapai supaya tiada pihak yang berasa rugi atau tersingkir dalam penyelesaian isu perjawatan doktor kontrak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menyelesaikan isu itu berkata pihaknya akan membentangkannya perincian mengenai perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

“Bagi kita, menyantuni doktor kontrak yang pada hemat saya harus dibela harus mengikut tatacara dan skim perkhidmatan kerajaan.

“Tidak ada masalah yang kita tidak boleh bincang dan selesaikan. Saya tahu masalah ini masalah lama tetapi saya yakin ianya boleh diselesaikan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Santunan Kasih Ramadan 2023 di Projek Perumahan Rakyat Seri Semarak, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata jawatankuasa khas itu yang melibatkan Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  membincangkan beberapa cadangan termasuk pemberian perjawatan tetap kepada doktor kontrak.

“Beberapa syarat skim baharu akan dibincangkan, jadi saya harap mereka (doktor kontrak) memberi peluang kepada saya yang diberi kepercayaan sebagai pengerusi jawatankuasa untuk menyelesaikannya,” katanya. 

Sebelum ini, sekumpulan doktor kontrak dilaporkan akan melancarkan mogok di seluruh negara mulai esok sehingga Rabu ini sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang