web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Dijangka Umum Hal Semasa Ekonomi Negara Esok - Ahmad

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 5:00PM

Ahmad Maslan - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa perkara berhubung hal semasa ekonomi negara esok, termasuk langkah menangani kejatuhan ringgit, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bercakap pada sidang media selepas melawat Wisma Bank Simpanan Nasional (BSN) Johor di sini hari ini, menurutnya pengumuman itu dijangka diadakan semasa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan melancarkan satu program di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung rancangan Kementerian Kewangan untuk menangani kejatuhan ringgit.

Sementara itu, Ahmad berkata Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga yang akan dibayar sebelum Hari Raya Aidiladha, melibatkan seramai 8.4 juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2.14 bilion.

“Tiga kumpulan yang akan menerima STR adalah isi rumah sebanyak 3.9 juta orang, warga emas tiada pasangan berjumlah 1.2 juta orang dan golongan bujang sebanyak 3.3 juta orang,” katanya sambil memaklumkan pemberian STR di bawah Kerajaan Perpaduan adalah yang terbesar dalam sejarah berbanding kesemua siri bantuan seumpama ini yang diberikan kerajaan terdahulu.

Katanya individu yang tidak terpilih untuk menerima bantuan boleh membuat rayuan di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri atau secara dalam talian bermula 1 Julai.

Dalam pada itu, Ahmad berkata BSN menyediakan peruntukan sebanyak RM900 juta pada tahun ini bagi Skim Mikro Kasih Belia, Skim Mikro Penjaja Kecil dan Skim Mikro Wanita.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk mengambil peluang mendapatkan pembiayaan berjumlah RM5,000 sehingga RM50,000.

Menurutnya sejumlah RM1.6 bilion bagi Skim Pembiayaan Mikro Kecil dan Sederhana pula telah disalurkan kepada 72,000 penerima di seluruh negara sejak 2020 sehingga kini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'