web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebutan Semula Kes Bekas Tentera Bunuh Isteri 22 Januari 2024

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 1:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 Jan 2024 untuk sebutan semula kes bekas tentera didakwa membunuh isterinya yang juga seorang jururawat, akhir September lepas.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom yang memohon mahkamah melanjutkan tarikh sebutan kes itu berikutan laporan kimia tertuduh serta laporan bedah siasat dan forensik mangsa masih belum siap.

Pada 11 Okt lepas, tertuduh Indera Zailan Mohamad Sani, 38, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Munirah Abu Bakar, 31, di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, antara 10 malam, 29 Sept hingga 6.55 pagi, 30 Sept lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Indera Zailan diwakili peguam Hari Prassaad Rao.

Mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman tersebut dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam dengan pisau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasar Malam Perlis Tutup Sementara Ketika Maghrib, Mula 15 September - Exco

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah