web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia-Qatar Sepakat Tingkat Kerjasama Pelaburan -PM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2024 8:47PM

Perdana Menteri pada pertemuan bersama Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Qatar sepakat untuk meningkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan tersebut dicapai pada pertemuan bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani.

Menurut Perdana Menteri, beliau sebelum itu terlebih dahulu menghadap Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.

“Pertemuan atas jemputan Sheikh Tamim ini terarah kepada usaha menerus dan memperkukuhkan ikatan dan jalinan diplomatik yang telah pun mencecah 50 tahun. 

“Kami juga membincangkan secara mendalam mengenai konflik Palestin-Israel dan bersetuju semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Jelas Anwar, kedua pemimpin sependapat bahawa alam hal ini, negara-negara sepemikiran perlu bekerjasama bagi merealisasikan impian berkenaan.

“Turut dibincangkan adalah kerjasama dua hala dan mempermudahkan pelaburan serta pendidikan tinggi,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, delegasi Malaysia juga diberi penghormatan jamuan rasmi negara yang dihoskan oleh Sheikh Mohammed.

“Semoga ikatan persahabatan antara Malaysia dan Qatar akan terus berkembang demi manfaat bersama, Insya Allah,” katanya.

Anwar berada di Qatar bagi lawatan rasmi dua hari atas jemputan Sheikh Tamim sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua negara.

Sepanjang di Qatar, beliau turut menyertai Forum Ekonomi Qatar dan meluncurkan pembukaan rasmi kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha. 

Perdana Menteri turut dijadual menyampaikan syarahan umum di Universiti Hamad Bin Khalifa, Doha, menghadiri rundingan meja bulat dengan kapten industri Qatar dan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Qatar pada sebelah malam. - Getaran, 13 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki