web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bencana Gunung Jerai Boleh Dielak Jika Ada Kajian Terperinci - IGM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 12:08PM

Kerosakan kelihatan di beberapa bangunan di Taman Rekreasi Titi Hayun selepas banjir kilat menghanyutkan kayu balak susulan kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai di Titi Hayun Yan, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bencana yang menimpa Gunung Jerai boleh dielakkan jika kajian terperinci dan pelan tindakan dibangunkan secara sistematik.

Presiden Institut Geologi Malaysia (IGM), Abd Rasid Jaapar berkata, satu kajian potensi bahaya, mencakupi kerapuhan dan risiko bencana geologi perlu dilaksanakan pada kadar segera di semua lokasi pelancongan.

Menurut beliau, langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan risiko berlakunya bencana seumpama itu.

“Kajian sebegini masih lagi belum dilakukan secara terperinci dan memerlukan komitmen pelbagai pihak.

“Bayangkan tragedi ini berlaku ketika kawasan berkenaan dikunjungi ramai pelancong, sudah pasti kesannya jauh lebih buruk,” katanya di sini.

Abd Rasid berkata, hujan lebat ekstrem dikenal pasti sebagai pencetus kepada tragedi Gunung Jerai yang turut memberi impak kepada kawasan di kaki gunung dan lokasi berhampiran sungai.

Laporan Kementerian Alam Sekitar dan Air menyebut, Stesen Hujan Gunung Jerai merekodkan bacaan kumulatif 281 milimeter (mm) manakala Stesen Hujan Kampung Singkir Genting mencatatkan bacaan 172mm.

Menurut kementerian itu, punca sebenar tragedi terbabit masih lagi memerlukan kajian terperinci.

“Satu kajian bencana geologi secara menyeluruh, bebas dan dianggotai pelbagai bidang kepakaran dengan diterajui oleh ahli geologi perlu dilakukan ke atas Gunung Jerai serta kawasan sekitarnya.

“Ia perlu selari dengan amalan baik antarabangsa yang digariskan dalam Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 oleh United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR),” jelas Abd Rasid.

Katanya, kajian juga disyorkan bersifat transdisciplinary dalam memahami kesan perubahan iklim dan mengurangkan risiko bencana geologi di masa hadapan.

“IGM difahamkan satu pasukan penyiasat akan dihantar oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ke lokasi kejadian untuk memantau dan membuat kajian awal.

“Sementara laporan kajian dikeluarkan oleh pasukan penyiasat tersebut, IGM menyeru semua ahli geologi supaya tidak terlalu ghairah mengeluarkan pandangan berbentuk spekulatif dan provokasi tanpa berdasarkan data, bukti sains dan fakta yang lengkap terutamanya data cerapan lapangan,” ujarnya. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kajian Undang-Undang Berkaitan Isu 3R Dibentang Kepada Kabinet - Azalina

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dua Pertiga Rakyat Yakin Malaysia Kini Di Landasan Tepat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah