web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boling: Beregu Wanita Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Bangkok

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 8:00AM

Pasangan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam (kanan) dan Anis Hannani Romzi mengungguli acara beregu wanita di Bangkok, Thailand semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya merangkul pingat emas pertama pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-21 selepas pasangan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam dan Anis Hannani Romzi mengungguli acara beregu wanita di Bangkok, Thailand semalam.

Kejayaan itu hadir selepas gandingan negara mengumpul keseluruhan 2,544 mata untuk mengatasi pencabar terdekat dari Korea Selatan Choi Yurin-Park Sunwoo yang terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan meraih keseluruhan 2,504 mata.

Pingat gangsa menjadi milik pasangan Singapura Arianne Tay-Colleen Pee yang mengutip keseluruhan 2, 488 mata bagi menafikan satu lagi pasangan Malaysia untuk berada di podium selepas Adelia Nur Irwan Syazalee-Nur Hazirah Ramli sekadar mengumpul keseluruhan 2,443 mata di tempat keempat.

Malaysia turut membawa pulang masing-masing satu perak dan gangsa dalam acara beregu lelaki menerusi gandingan Tsen Fan Yew-Muhammad Hariz Adlan Azman yang meraih keseluruhan 2,518 mata serta Muhammad Danial Abu Samah-Syabil Azam Syamsul Azam dengan 2,511 mata.

Kekecewaan Korea Selatan dalam acara beregu wanita terubat menerusi saingan lelaki apabila pasangan Baek Seungwoo-Park Soowan memenangi emas selepas mengumpul keseluruhan 2,600 mata.

Emas dimenangi Nurul Anis dan Anis Hannani merupakan pingat kedua diraih skuad remaja negara pada kejohanan itu selepas Muhammad Hariz memenangi perak acara individu lelaki semalam.

Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-21 berlangsung dari 4 hingga 12 Julai ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi