web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mana Perginya Pimpinan Tertinggi UMNO - Penyokong Najib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 3:30PM

Penyokong Najib berkumpul di perkarangan Kompleks Istana Kehakiman pagi ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang penyokong Datuk Seri Najib Razak terkilan apabila tiada di kalangan pemimpin tertinggi UMNO yang menunjukkan solidariti kepada Bekas Perdana Menteri itu.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Cik Roti itu meluahkan kekecewaan kerana hanya di kalangan akar umbi parti tersebut sahaja turun padang memberi sokongan kepada Najib.

“Kenapa saya tidak nampak mana-mana pemimpin parti (UMNO) di sini.

“Mana kaki-kaki bodek,” katanya sinis ketika ditemui di perkarangan Kompleks Istana Kehakiman, di sini hari ini.

Mak Cik Roti
Mak Cik Roti

Wanita datang dari Kedah itu merupakan antara penyokong Najib yang hadir di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya pagi ini untuk bersama-sama menunggu keputusan rayuan bekas Perdana Menteri itu dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Kelibat Mak Cik Roti menarik perhatian media kerana melaungkan ‘Bebas Bossku’ dan ‘Hidup Bossku’ di luar perkarangan Istana Kehakiman sambil memakai bandana tertera Bebas Bossku.

Berdasarkan pemerhatian, dianggarkan 130  penyokong Najib turun padang seawal jam 8 pagi di perkarangan Kompleks Istana Kehakiman bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan tersebut.

Dalam pada itu, walaupun keputusan Mahkamah Rayuan tidak berpihak kepada Najib, namun Mak Cik Roti akan tetap terus bersoladiriti memberi sokongan.

“Saya di sini kerana mengenang jasanya, menghargai apa yang dilakukan Najib kepada negara sebelum ini.

“Saya tidak mendapat apa-apa dengan memberi sokongannya kepada Najib, malah tidak pernah mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bantuan kewangan yang diperkenalkan Najib semasa mengetuai pentadbiran negara sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Rosnah Ila redha dengan keputusan mahkamah untuk mengekalkan tujuh tuduhan salah guna kuasa berhubung kes SRC International.

Namun, beliau mempersoalkan di mana tindakan pihak berwajib terhadap keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Rosnah Ila
Rosnah Ila

“Kita redha dengan keputusan yang telah dilakukan oleh Mahkamah Rayuan walaupun keputusannya adalah mengecewakan.

“Namun, di mana keadilan yang wujud kerana keluarga Zeti dan Jho Low kerana sehingga sekarang masih tiada tindakan daripada kerajaan,” tegasnya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Najib untuk mengenepikan tujuh pertuduhan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan. - Getaran, 8 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

3

Semasa 7 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah