web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih Seabad Tegak Bediri, Pokok Ikonik Rebah Jua

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 9:08PM

Pokok ikonik yang tumbang berhampiran Jam Besar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Lebih seabad tegak berdiri, pokok ikonik di bangunan bersejarah Stadthuys atau lebih dikenali sebagai ‘Bangunan Merah’ di kalangan penduduk tempatan itu akhirnya tunduk menyembah bumi, pagi tadi.

Berusia lebih 120 tahun, pokok kekacang atau Batai Laut itu dipercayai ditanam sejak 1894, ketika negara masih berada di bawah pemerintahan British.

Insiden terbabit bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang kerosakan walaupun lokasi pokok itu terletak berhampiran Jam Besar, satu lagi tarikan pelancong di negeri ini.

Pokok setinggi 18 meter dengan lebar anggaran 1.5 meter berkenaan tumbang, dipercayai akibat hujan lebat dan angin kencang malam tadi, selain faktor akar yang mulai reput.

Pokok terbabit yang memiliki nama saintifik Peltophorum Pterocarpum sebelum ini diwartakan di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya tidak ditebang dan dipelihara dari segi landskap.

Mengikut sejarah, ia dikatakan ditanam oleh British sebagai penanda kawasan pada waktu itu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu ketika dihubungi Getaran berkata, kelajuan angin 6 km/j pada malam Selasa serta diikuti hujan lebat antara faktor yang menyebabkan pokok bersejarah tersebut tumbang.

MBMB menjalankan kerja membersihkan pokok tumbang.
MBMB menjalankan kerja membersihkan pokok tumbang.

“Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan sejak pagi tadi dan dijangka siap petang ini dengan membabitkan Unit First Response Team (FRONT), serta dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal lalu lintas untuk menjaga keselamatan awam sepanjang operasi pembersihan dijalankan.

“Rata-rata warga bandaraya ini turut meluahkan perasaan sedih di atas kehilangan pokok warisan yang banyak sejarahnya,” katanya.

Zainal berkata, kerja-kerja penanaman semula pokok jenis yang sama akan dibuat bagi menggantikan pokok yang sudah tumbang itu.

Sementara itu seorang penduduk, Amran Ali, 48, berkata, pokok tertua itu sudah sinonim bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malah pelancong yang datang atau melalui kawasan berkenaan.

“Agak sedih sebaik mendapat tahu pokok ini tiba-tiba tumbang pagi tadi dan suasana terasa amat lain sebaik melalui kawasan Bangunan Merah ini, tidak seperti selalu, redup sahaja.

“Pokok ini sejak dari dulu lagi bukan sahaja menjadi tempat berteduh malah menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar kenangan apabila ke Melaka,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki