web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Jumpa Pemimpin Sabah Selepas Lawatan Rasmi Ke Indonesia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 7:00PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan pemimpin Sabah minggu depan sebaik sahaja beliau mengakhiri lawatan dua harinya ke Indonesia.

Dalam jawapan ringkas mengenai kemelut politik di Sabah, Anwar memberi jaminan bahawa keadaan masih terkawal dan jentera kerajaan negeri tidak terjejas.

“Saya telah bercakap dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan saya dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sudah berhubung dengan (Ketua UMNO Sabah) Datuk Seri Bung Moktar Radin, bahawa keadaan masih terkawal dan pentadbiran negeri tidak terjejas.

“Saya akan bertemu dengan pemimpin Sabah selepas pulang dari Jakarta,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.

Anwar akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia esok dan Isnin.

Sementara itu, Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, gabungan itu telah membincangkan secara umum mengenai enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan dalam tempoh empat hingga lima bulan lagi.

Tambahnya, tumpuan adalah untuk mempertahankan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sambil meletakkan “pembangkang kuat” di Kelantan dan Terengganu.

“Bagaimanapun, bagi Kedah, PH berpendapat mempunyai peluang 50-50 untuk menang,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, gabungan itu masih belum membincangkan pengagihan kerusi dengan rakan dalam gabungan kerajaan perpaduan yang lain, termasuk Barisan Nasional (BN).

Politik Sabah sekali lagi bergolak selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Tun Juhar Mahiruddin dijangka bertemu ADUN negeri itu berhubung kemelut yang melanda.

BN Sabah dan dua parti tempatan, Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Warisan telah mempersoalkan keabsahan Hajiji yang juga Pengerusi GRS sebagai Ketua Menteri.

Buat masa ini, GRS mempunyai 29 kerusi, termasuk 15 bekas ADUN BERSATU. Gabungan itu turut mendapat sokongan lima ADUN BN Sabah yang dilaporkan tidak bersetuju dengan ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan tujuh ADUN PH.

Susulan itu, BN memiliki 13 kerusi, Warisan 19 manakala KDM pula tiga. Dengan sokongan seorang calon Bebas, kumpulan Bung kini mempunyai 36 kerusi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mempunyai 79 kerusi, dan majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan ialah 40.

Ini menjadikan tujuh ADUN PH sebagai king maker dalam kemelut itu. - The Vibes, 7 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki