web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Olimpik Paris 2024: Aaron, Wooi Yik Berdepan Beregu Nombor 1 Dunia 

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2024 8:24AM

Pasangan China dijangka menjadi halangan terbesar beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik. – Gambar Majlis Olimpik Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan acara badminton di Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Berdasarkan undian semalam, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kelima dunia diundi dalam Kumpulan A bersama pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, Ben Lane-Sean Vendy dari England dan beregu Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura.

Pasangan China dijangka menjadi halangan terbesar gandingan negara berdasarkan rekod pertemuan yang berpihak kepada Wei Keng-Wang Chang, manakala laluan lebih mudah jika Aaron-Wooi Yik berjaya mengetepikan Lane-Vendy dan Adam-Yakura.

Rekod pertemuan dengan Lane-Vendy menyaksikan beregu negara menang empat kali daripada lima pertemuan dengan Lane-Veny yang menghuni ranking ke-32 dunia.

Juara dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan pula diundi dalam Kumpulan B bersama wakil tuan rumah, Christo Popov-Toma Junior Popov, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren (Thailand) dan Ondrej Kral-Adam Mendrek (Republik Czech).

Pilihan ketiga dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pula bakal berdepan saingan sengit pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto selepas diundi dalam Kumpulan C bersama Lucas Corvee-Ronan Labar dari Perancis dan beregu Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel.

Sementara itu, laluan berliku menanti pasangan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin dalam misi mempertahankan pingat emas apabila diundi dalam Kumpulan D bersama Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi (China), Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (Jepun) dan Vinson Chiu-Joshua Yuan (Amerika Syarikat).

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam kenyataan pada Ahad mengesahkan gandingan Corvee-Labar berada dalam senarai 17 beregu lelaki bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.

"Ini adalah hasil keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang mengarahkan BWF meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menambah Corvee-Labar ke Sukan Olimpik," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, BWF terpaksa menangguhkan undian bagi beregu lelaki pada Jumaat lepas yang sepatutnya berlangsung bersama undian bagi acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu wanita dan campuran.

Bagi acara beregu, dua pasangan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir.

Badminton membuka tirai di Arena Porte de la Chapelle dari 27 Julai hingga 4 Ogos ini.

Sementara itu, Aaron dan Wooi Yik menerima dengan hati terbuka keputusan undian selain sedia mempamerkan aksi terbaik pada saingan badminton di Paris.

"Sekarang kita dah nampak undian berdepan dengan siapa jadi sudah nampak arah untuk persiapan nanti. Kami akan fokus dengan perlawanan pembukaan dan lakukan terbaik," katanya menerusi rakaman audio dikongsikan kepada pemberita hari ini. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

Semasa 18 jam yang lalu

Masalah Mental Bukan Punca Utama Jenayah Bunuh - Pakar

oleh Alfian Z.M. Tahir

Semasa 16 jam yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Perahu Karam Serlah Kekurangan Infrastruktur Asas Di Sarawak – PKR

oleh Stephen Then